Wakil tunggal perseorangan lelaki dan wanita negara, Liew Darren dan Goh Jin Wei terus menceriakan kem Malaysia apabila mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Perodua Malaysia Masters 2019 hari ini.

Dalam aksi perseorangan wanita, Goh Jin Wei yang turun dengan status under dog semakin membara selepas melakar kemenangan ke atas pilihan kelima dari China, HE Bingjiao.

Masih segar dengan kejayaan yang diraih di pentas Olimpik Remaja tahun lalu, Jin Wei membuktikan persiapannya ke arah sebagai pemain senior ternyata membuah hasil.

Berdepan lawan yang tampak bermain dengan corak pantas menerusi permainan di jaring serta smash kencang.

Namun Jin Wei tenang menyerap asakan lawan, sebaliknya menggunakan taktikal permainan rally untuk memberi tekanan ke atas Bingjiao.

Rekod pertemuan diantara ke atas He Bingjiao lebih memihak Jin Wei dimana pertemuan terakhir mereka adalah di saingan Piala Uber tahun lalu.

Ketika sidang media, Jin Wei tidak menolak pesanan daripada jurulatihnya, Datuk Tey Seu Bock yang mahu beliau sentiasa tenang dan menanti peluang terhidang dimanfaatkan dengan sebaik baiknya.

Jin Wei mengesahkan slot ke separuh akhir dalam masa 39 minit selepas menutup aksi suku akhir dengan kemenangan straight set 21-15, 21-16.

He Bingjiao merupakan mangsa ketiga Jin Wei di Perodua Malaysia Masters selepas menang ke atas pilihan ketiga dari Jepun Akane Yamaguchi  di pusingan pertama disusuli kemenangan ke atas Zhang Yiman ketika pusingan kedua.

Aksi separuh akhir esok, Goh Jin Wei akan berdepan pilihan keenam dari Thailand, Ratchanok Intanon yang melakar kejutan dengan menyingkirkan pilihan pertama kejohanan, Tai Tzu Ying dari Taiwan 21-13, 21-14

Dalam pada itu, rentak cemerlang Jin Wei turut diekori pemain perseorangan lelaki negara, Liew Darren.

Turun dengan status pemain bukan pilihan, Liew Darren tanpak tidak berdepan tekanan ketika berdepan pilihan kedua dari China, Shi Yuqi.

Set pertama menyaksikan penguasaan Liew Darren yang menguasai gelanggang dengan baik sekaligus menutup saingan dengan kemenangan 21-12.

Namun Shi Yuqi mempamer rentak permainan yang berbeza dan gagal dibaca dengan baik Liew Darren untuk memastikan kemenangan 21-16 di set kedua sekaligus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Sorakan penyokong tempatan ternyata membantu Liew Darren untuk terus tenang dan fokus sepanjang perlawanan.

Darren yang juga pemain ranking ke 31 dunia mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menutup aksi suku akhir dengan keputusan 21-12, 16-21,21-11 sekaligus bakal berdepan pilihan keempat dari Korea, Son Wan Ho.

 

- Advertisement -