Foto -Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah

 

Pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Kedah, meletakkan sasaran sebagai juara Liga Super 2019, sebagai agenda utama pasukan. 

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, KFA, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berharap pemain beraksi dengan penuh konsisten bagi merealisasikan hasrat tersebut.

 

“Sasaran kita kali ini ialah untuk memenangi  memenangi Liga Super yang tentunya sedikit mencabar kerana antara pra syaratnya ialah konsistensi.

“Jadi kita kena meraih sebanyak mungkin mata bagi setiap perlawanan. Untuk tujuan itu pendekatan yang kita ambil bagi musim ini ialah harmoni yang bermaksud tidak ada mana2 pihak yang terpinggir, yang masalah mungkin berpuak-puak dan sebagainya,”kata Mukhriz.

Terdahulu Mukhriz hadir di majlis pelancaran jersi baru dan pemain pemain pasukan Kedah serta barisan penaja skuad Lang Merah di perkarangan Stadium Darul Aman.

Pada majlis itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, PKNK; Syarikat Air Darul Aman, SADA; Menteri Besar Kedah Incorporated, MBI dan syarikat barangan sukan, Lotto diumumkan sebagai penaja rasmi pasukan Lang Merah.

Mukhriz bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah tajaan yang diterima oleh pasukan Kedah bagiu musim ini. 

Sebagai menghormati kesetiaan penyokong Lang Merah,  Datuk Seri Mukhriz turut memaklumkan, tiada seorang pun pemain pasukan itu akan memakai jersi nombor 12.

Jersi nombor 12 dikhaskan kepada peminat dan penyokong Lang Merah sebagai menghargai jasa mereka yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan itu.

- Advertisement -