foto – Kedah FA

Persatuan Bolasepak Kedah, KFA terus mengukuhkan barisan pemain untuk mengharungi Liga Malaysia musim 2019 apabila mengesahkan bekas penyerang skuad B23 tahun kebangsaan, N Thanabalan sebagai pemain baru pasukan itu.

Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak mengikat N Thanabalan selama dua tahun untuk mengisi barisan serangan bersama sama kapten Harimau Malaya yang beraksi di Piala AFF 2018, Zaquan Adha.

Kelibat N. Thanabalan tidak asing dalam kancah bolasepak Malaysia, malah antara pemain pilihan yang sering kali mengisi kesebelasan utama skuad B23 kebangsaan.

Pemain kelahiran Rantau, Negeri Sembilan berusia 23 tahun ini memulakan kariernya bersama Negeri Sembilan sebelum dipinjamkan selama semusim bersama Felcra FC pada tahun 2017 dan kembali semula bersama skuad Jang musim lalu.

Pengumuman dibuat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerusi laman sosial Kedah FA pagi semalam. 

 

foto – Kuching FA

Dalam perkembangan berasingan, bekas pemain tengah, Joseph Kalang Tie kembali ke Sarawak apabila sah menyarung jersi Kuching FA.

Pemain berusia 31 tahun itu berhijrah selepas gagal mendapat tempat di dalam pasukan Selangor musim lalu apabila hanya membuat enam penampilan sahaja.

- Advertisement -