LTDL2019: Adakah di tunda? Batal?

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/ltdl-2019-adakah-di-tundabatal">
Twitter
Pinterest

Kalendar 2018 telah pun melabuhkan tirainya…namun sehingga ke saat ini, status penganjuran perlumbaan jelajah berbasikal terbesar di Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi yang memasuki edisi ke 24 pada tahun ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Spekulasi melibatkan nasib perlumbaan itu mula bertiup baru baru ini apabila dikhabarkan ‘gagal’ mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

KBS difahamkan telah membuka tender terbuka bagi penganjuran LTdL 2019 pada 30 November dan tamat pada 21 Disember 2018.

Namun, khabar angin mengatakan terdapat kesilapan terhadap maklumat atau perincian dalam tender yang diserahkan kepada Kementerian Kewangan  sekaligus terpaksa dibatalkan.

Jika spekulasi ini benar, Malaysia berdepan ‘masalah’ dalam penganjuran perlumbaan tahun ini termasuk berkemungkinan menunda LTdL ke satu tarikh lain kerana mengikut proses bagi tawaran terbuka memerlukan tempoh sekurang kurangnya 21 hari.

Menurut kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Le Tour de Langkawi yang berstatus 2HC dijadual berlangsung dari 24 hingga 31 Mac 2019.

Ketika penganjuran Le Tour de Langkawi 2018, Malaysia mengusulkan cadangan kepada UCI untuk menambah jumlah perlumbaan kepada 10 peringkat berbanding 8 peringkat perlumbaan.

Namun, UCI menolak cadangan tersebut atas faktor kekangan masa selain tempoh 10 peringkat seperti yang pernah diadakan ketika awal penganjuran adalah terlalu panjang. 

Please follow and like us:
0