M.U terus pamer persiapan positif

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/m-u-terus-pamer-persiapan-positif">
Twitter
Pinterest

 

 

Melaka United terus mempamer persiapan yang positif sepanjang kempen pra-musim Liga Malaysia 2019 apabila berpesta jaringan 5-1 ke atas wakil Singapura, Warriors FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Selain kehadiran penyokong setia Melaka United, gandingan muka baru dan lama serta perancangan taktikal yang ampuh oleh Zainal Abidin Hassan ternyata membantu Melaka United untuk mendominasi saingan.

Melaka United hanya memerlukan 16 minit untuk menggegar kubu lawan menerusi tandukan penyerang import yang masih lagi dalam tempoh percubaan, Casagrande susulan sepakan penjuru oleh bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim.

Gawang pelawat terus bergegar di minit 27, kali ini giliran pemain sayap, Deevan Raj melakar nama selaku penjaring selepas memanfaatkan situasi kelam kabut di dalam kotak penalti Warriors FC.

Kombinasi dengan Safiq Rahim kian menonjol apabila Casagrande yang juga bekas penyerang Felcra United meledak gol kedua di minit 34 untuk Melaka United selesa mendahului 3-0.

Lima minit sebelum tamat separuh masa pertama, Melaka United melebarkan kedudukan ke atas Warrior FC 4-0 menerusi sepakan percuma sorang lagi penyerang import kelahiran Serbia, Luka Milunovic.

Kedudukan berubah menjadi 5-0 untuk skuad kendalian Zainal Abidin Hassan di minit 53 menerusi gol yang disempurnakan Nurshamil Abd Ghani selepas bijak mengawal hantaran jauh ketua pasukan, Shukor Adan.

Tatkala M.U leka mencari gol, pelawat memanfaatkan peluang terhidang apabila Sahil Suhaimi memecah kebuntuan untuk Warriors FC di minit 84.

Persiapan menjelang Liga Malaysia 2019 diteruskan di bumi Vietnam apabila tiga lagi perlawanan bakal dilangsungkan dari 12 hingg 15 Januari depan.

 

 

Aksi pertama dijadual berlangsung pada 12 Januari melibatkan perlawanan menentang Becamex Binh Duong disusuli aksi menentang Sai Gon FC sehari kemudian dan menutup jelajah Vietnam pada 15 Januari dengan aksi ke atas Ho CHi Minh City FC.SHAHRUL SHAHABUDIN

Please follow and like us:
0