Selepas mengungguli Thailand Masters minggu lalu, kelibat bergu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terus menjadi tumpuan dalam misi memburu kejuaraan kedua.

Namun, Peng Soon mengakui ia bukan tugas yang mudah apatah lagi kini bukan lagi bernaung dibawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Disebalik kesukaran yang perlu ditempuhi, Peng Soon dan Liu Ying tetap membuktikan kredibiliti mereka apabila mengesahkan slot ke suku akhir selepas menundukkan wakil China, Lu Kai-Chen Lu.

Turun dengan status pilihan ketiga, Peng Soon dan Liu Ying tewas 17-21 di set pertama. Namun pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Rio ini bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk memenangi dua set berikutnya 21-17, 21-15.

“Kami dibantu jurulatih yang memberi pandangan tentang corak permainan dan kami melakukan perubahan ketika bermain,”kata Chan Peng Soon.

 

 

Mengulas tentang lawan mereka, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie di peringkat suku akhir esok, Liu Ying mengharapkan sokongan padu daripada penyokong tempatan untuk kedua dua pasangan bergu ini.

“Mereka (Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie) tahu cara kami bermain begitu juga sebaliknya. Bagi saya esok adalah satu pertandingan yang baik untuk Malaysia khususnya.

“Kami akan berbincang bersama sama untuk hadapi perlawanan esok walaupun mereka tahu cara permainan kami dan begitu juga sebaliknya. Yang pasti, salah satu yang layak ke separuh akhir adalah wakil dari Malaysia.

“Sudah tentu kami mahu menang dan akan berika yang terbaik pada perlawanan esok,”kata Liu Ying lagi.

Pertemuan sulung kedua dua pasangan bergu campuran ini adalah ketika di Terbuka Indonesia tahun lalu dimana Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menang straight set dalam aksi pusingan pertama

  

- Advertisement -