Peng Soon-Liu Ying, V Shem-Wee Kiong langkah kanan di Thailand

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/peng-soon-liu-ying-v-shem-wee-kiong-langkah-kanan-di-thailand">
Twitter
Pinterest

 

Kem badminton Malaysia membuka tirai 2019 dengan pencapaian yang positif apabila dua wakil negara muncul juara di  Kejohanan Badminton Masters Thailand di Bangkok.

Meskipun bukan lagi bergelar pemain yang bernaung dibawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dua pasangan bergu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta Chan Peng Son-Goh Liu Ying tetap unggul untuk menjuarai kategori masing masing.

V Shem dan Wee Kiong membuktikan mereka masih lagi pilihan yang layak untuk beraksi di Olimpik Tokyo 2020 selepas  menewaskan pilihan ke-lima Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan straight set 21-13, 21-17.

Sementara gandingan  Peng Soon-Liu Ying memastikan gelaran kedua untuk Malaysia selepas menundukkan wakil tuan rumah yang juga  pilihan kedua, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai juga dengan kemenangan straight set  21-16, 21-15. 

 

Please follow and like us:
0