Sathianathan tetap tidak bagi muka kepada Felda United

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/sathianathan-tetap-tidak-bagi-muka-kepada-felda-united">
Twitter
Pinterest

foto – FA Selangor

 

 

Biarpun Felda United sudah memulakan langkah membayar hutang tunggakan gaji secara berperingkat, bekas jurulatih pasukan itu, B.Sathianathan tetap tidak berganjak daripada keputusan mahu mengheret isu tunggakan gaji itu ke pengetahuan Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pihak pengurusan Felda United mengambil inisiatif membayar dahulu tunggakan untuk sebulan gaji beberapa hari lalu namun menurut Sathianathan, ia bukan jaminan tunggakan gaji akan diselesaikan oleh pasukan itu dan menganggap ianya sekadar ‘wayang’ untuk mengaburi FAM agar tidak dikenakan tindakan apatah lagi Liga Malaysia 2019 bakal membuka tirai tidak lama lagi.

Menurutnya, “Saya sudah lama bersabar dengan alasan dan kerenah mereka. Jadi saya akan tetap failkan isu ini. Bukan sahaja untuk menuntut baki tunggakan gaji dua bulan, tetapi Kumpulan Wag Simpanan Pekerja (KWSP) semua anggota pasukan juga tidak dicarum selama lima bulan.

“Kalau betul mereka mahu selesaikan isu ini, kenapa tidak selepas buat pembayaran untuk sebulan, mereka memaklumkan kepada saya bahawa bayaran sudah dibuat dan apa perancangan pembayaran yang seterusnya. Bukan sahaja saya, tetapi siapapun tidak dimaklumkan mengenainya.

“Jadi bagi saya isu ini tidak akan selesai kalau terus bagi muka, mungkin mereka akan senyap selepas buat pembayaran sekali sebab FAM dah nampak inisiatif mereka buat pembayaran,” ujar Sathianathan yang membawa pasukan itu kembali ke Liga Super dengan menjuarai Liga Premier.

Mengikut laporan yang tersebar, pengurusan Felda United masih berhutang tunggakan gaji untuk bulan Oktober dan November 2018 namun Presiden kelab berkenaan Anuar Malek menjelaskan mereka tidak akan bersikap lepas tangan dan menyelesaikan isu tersebut secara berperingkat

Sebagai rekod, Sathianathan membuat keputusan tidak menyambung kontrak untuk musim baru, difahamkan kerana tidak berpuas hati dengan pemotongan gaji sehingga 60 peratus yang dibuat pasukan itu untuk menghadapi musim baru.

Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan sebanyak tiga kali pada 2010, 2012 dan 2017 itu kini membimbing skuad berwajah baru Selangor, dan beberapa bekas pemain Felda United juga menyertainya di sana antaranya Wan Zack Haikal Wan Noor dan Farizal Harun. MUHD AIMAN 

Please follow and like us:
0