Shazrul terlepas saingan liga

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/shazrul-terlepas-saingan-liga">
Twitter
Pinterest

 

 Pemain pertahanan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Shazrul Imran Nazli tidak dapat beraksi sepanjang saingan Liga Hoki Malaysia 2019 selepas berdepan kecederaan serius pada tumit kaki kirinya.

Pemain berusia 26 tahun itu disahkan mengalami kecederaan Achilles kiri selepas menjalani ujian perubatan bersama Doktor Perunding Sukan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Muhammad Shariff A. Hamid semalam.

Shazrul mengalami kecederaan itu ketika sesi pemanas badan sebelum bermulanya perlawanan suku akhir Piala Tan Sri P Alagendra bertemu TNB Thunderbolts, Khamis lalu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

“Doktor mengesahkan kecederaan yang dialami Shazrul dan nampaknya dia perlu melalui proses pembedahan,” kata ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj semalam.

“Menurut doktor selepas proses pembedahan Shazrul perlu menjalani proses fisioterapi dan pemulihan untuk memastikan dapat pulih sepenuhnya yang mengambil masa antara enam hingga satu tahun,” tambah Arul.

“UniKL sudah mendaftar 14 pemain tempatan dan enam pemain import untuk saingan liga. Berikutan kecederaan yang dialaminya itu, kami akan menggantikannya dengan pemain lain. 

“Saya akan berbincang dengan pengurusan pasukan mengenai pilihan yang kami ada,” kata Arul ketika ditemui di Stadium Tengku Abdullah, Bangi. 

Shazrul yang menjadi pemain utama untuk UniKL sejak 2011, menyaksikan rakan sepasukannya menjalani latihan untuk perlawanan Piala Sumbangsih bertemu Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada 11 Januari di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.

“Saya sangat kecewa. Inilah yang saya rasai ketika ini. Doktor menasihatkan saya untuk menjalani pembedahan dan saya juga diberitahu ia akan mengambil masa selama enam bulan hingga setahun untuk pulih.

“Saya harap rakan sepasukan dapat melakukan yang terbaik pada saingan liga nanti,” katanya.

Ini adalah kali kedua Shazrul mengalami kecederaan serius. Kali pertama ketika perlawanan persahabatan bertemu Korea Selatan untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2013 di Stadium Hoki Nasional.

Please follow and like us:
0