Shukor yakin Liga Super 2019 janjikan saingan sengit

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/shukor-yakin-liga-super-2019-janjikan-saingan-sengit">
Twitter
Pinterest

foto – Melaka United Soccer Association – MUSA

 

 

Ketua pasukan Melaka, Shukor Adan meramalkan persaingan sengit melibatkan pasukan berstatus negeri bakal berlaku dalam misi merebut kejuaraan Liga Super yang bakal membuka tirai pada 1 Februari ini.

Pemain pertahanan berpengalaman itu melihat sebahagian besar pasukan negeri membuat persiapan terbaik bagi mengharungi musim baharu termasuk mengadakan latihan pra-musim di luar negara dan mengambil tenaga import yang berkualiti tinggi.

Justeru bekas kapten kebangsaan itu percaya perebutan takhta Liga Super lebih sengit dan hebat jika dibandingkan musim lalu.

“Kita dapat lihat betapa serius pasukan negeri antaranya Terengganu, Johor Darul Ta’zim, Selangor dan malah Melaka sendiri sibuk menguruskan persiapan dan persediaan terbaik mengadakan mengadakan latihan serta perlawanan persahabatan di luar negara bagi menghadapi musim baharu.

“Biarpun sebahagian besar pasukan-pasukan ini sebenarnya berusaha untuk mengurangkan kos dengan menghadkan dana pada musim ini tetapi mereka masih berupaya menyediakan persiapan terbaik untuk pasukan masing-masing.

“Saya fikir musim baharu ini akan menjadi titik kebangkitan pasukan-pasukan negeri dan Pahang sendiri membawa pulang bekas pemainnya, Dickson Nwakaeme di mana ia menunjukkan mereka juga serius untuk merebut kejuaraan Liga Super.

“Malah, pemain ternama tempatan juga lebih ramai beraksi di Liga Super yang mana taburan pemain lebih seimbang dalam Liga Super dan Liga Premier musim lalu. Jadi saya fikir persaingan kali ini akan menjadi lebih sengit jika dibandingkan musim lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shukor mengakui berasa terharu selepas diberikan amanah dan penghormatan untuk menjadi kapten baharu Melaka biarpun baharu menyertai pasukan itu pada Disember lalu.

Justeru, dia optimis dapat melaksanakan tugas itu dengan lebih baik apabila dibantu pemain-pemain yang memiliki pengalaman menjadi kapten antaranya Safiq Rahim, Razman Roslan dan Khairul Fahmi Che Mat.

“Saya cukup bertuah kerana memiliki ramai rakan-rakan sepasukan yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

“Secara peribadi, saya menganggap kehadiran Safiq, Razman, Khairul Fahmi dan pemain-pemain yang memiliki pengalaman menjadi kapten akan dapat membantu membentuk persefahaman pasukan dengan lebih baik,” tambahnya.

Melaka yang menamatkan kempen Liga Super di tangga ketujuh musim lalu, memulakan aksi menentang MIFA di Stadium Hang Jebat, Melaka (2 Februari) dan bertemu PKNS di Stadium Shah Alam pada 9 Februari ini.

Please follow and like us:
0