Sebelum ditabal sebagai Sultan Pahang keenam, peranan yang dimainkan oleh Sultan Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah dalam arena sukan pastinya meninggalkan 1001 kenangan. 

 Samada hoki, polo mahupun bolasepak, Sultan Abdullah punya peranan tersendiri dalam memacu arus pembangunan khususnya di Malaysia.

Arena bolasepak, baginda pernah memegang jawatan  Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan  masih merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA.

Malah, baginda juga pernah menyandang jawatan utama badan indul bolasepak Malaysia bermula 2014 hingga 2017 sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Selain bolasepak sukan sukan lain yang diminati Sultan Abdullah seperti polo dimana baginda  pernah mengetuai pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England. 

Malah baginda turut mengambil bahagian dalam pertandingan di Asia Tenggara  seperti Singapura, Filipina,  dan Brunei, serta di Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

 Sukan hoki, Sultan Abdullah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (KHM), Presiden Persekutuan Hoki Asia dan Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa. 

Dalam sukan polo pula, baginda merupakan Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA), Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC) serta memegang jawatan presiden bagi beberapa sukan lain seperti Kelab Skuasy Pahang (PSC), Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC) dan Kelab Menembak Diraja Pahang.

Presiden FAM ketika ini, Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi kenyataan media di laman sosial facebook FAM baru baru ini mewakili seluruh keluarga badan indul bolasepak Malaysia merafak sembah tahniah kepada Sultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang Ke-6.

- Advertisement -