Tok Gajah sambar Ze Eduardo

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/tok-gajah-sambar-ze-eduardo">
Twitter
Pinterest

foto -Pahang FA

 

Pahang semakin berkobar kobar untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2019 selepas melengkapkan pendaftaran pemain import.

Pemain kelahiran Brazil, Ze Roberto melengkapkan  kuota lima pemain import Tok Gajah bagi mengharungi musim baru yang akan bermula pada Februari.

Penyerang berusia 31 tahun  itu bagaimanapun bakal berdepan saingan sengit untuk mengisi kesebelasan utama Pahang kerana Pahang sudahpun memiliki Norshahrul idlan Talaha, Mohamadou Sumareh, dan seorang lagi import, Dickson Nwakaeme.

Selain Ze Roberto dan Nwakaeme, Pahang kendalian Dollah Salleh telahpun mendapatkan Herold Goulon, Saddil Ramdani dan pemain yang dikekalkan bagi musim ini, Safuwan Baharudin untuk mengisi kuota pemain import.

Dollah Salleh berkata, tiada perubahan bagi senarai pemain tempatan bagi musim ini.

“Pemain tempatan kita masih kekalkan kesemuanya. Kita tidak gugurkan seorang pun. Kita hanya lakukan pertukaran pemain import, dan pemain kelima (Ze Roberto) telah sampai dan dia akan sertai sesi latihan pasukan, iaitu pemain daripada Brazil, lebih dikenali sebagai Ze Love,”kata Dollah.

 Dollah yangmembawa Pahang muncul juara Piala FA tahun lalu meletakkan sasaran untuk memburu tiga trofi bagi musim ini.

Pahang dalam pada itu menerima tajaan berjumlah RM 1.68 juta untuk semusim daripada AL Ikhsan Sports bagi tempoh 2019 dan 2020.

Musim 2018, Pahang menamatkan Liga Super di kedudukan ke empat selain mara sehingga peringkat suku akhir Piala Malaysia dimana Tok Gajah kecundang kepada Perak.

 

Please follow and like us:
0