Jaguh badminton perseoragan negara, Datuk Lee Chong Wei belum dapat memberi kata putus sepenuhnya berhubung penyertaan di Terbuka Malaysia.

Chong Wei perlu mendapatkan kebenaran daripada pakar yang merawatnya samada beliau sudah bersedia untuk berlatih di gelanggang sepenuhnya.

“Saya akan rujuk dengan doktor di Taiwan dahulu. Untuk Terbuka Malaysia, saya masukkan nama dahulu dan akan tengok keadaan badan.

“Saya akan ke Taiwan pada bulan Mac untuk pemeriksaan dan lihat laporan perubatan daripada doktor samada memberikan kebenaran bagi menjalani latihan penuh,”kata Chong Wei selepas sesi latihan di Akademi Badminton Negara (ABN) pagi tadi.

Jelas Chong Wei, Terbuka Malaysia menjadi batu asas dalam menilai kondisinya selepas kembali daripada rawatan kanser hidung.

Sesi latihan hari ini, Chong wei menjelaskan beliau turun dan menjalani latihan di gelanggang selama sejam 15 minit dan sesi latihan di gym selama sejam sebelum berehat.

Bagi Chong Wei, belum masa untuk beliau memberi tekanan ke atas dirinya untuk kembali cergas sepenuhnya seperti sedia kala.

“Setakat ini segalanya baik. Sepanjang latihan, apa yang penting adalah membina semula otot. Kondisi ketika di gelanggang juga baik dan yang penting untuk sayta adalah memeningkatkan kecergasan,”katanya lagi.

- Advertisement -