Indonesia perlukan seorang seperti Tunku Ismail

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/02/indonesia-perlukan-seorang-seperti-tunku-ismail">
Twitter
Pinterest

Indonesia memerlukan seorang tokoh seperti Tunku Ismail untuk membawa perubahan kepada bolasepak negara itu.

Demikian pendapat pemerhati bola sepak Indonesia, Estu Ernesto yang tanpa berselindung mengakui negaranya cemburu dengan Malaysia yang memiliki pemimpin bola sepak seperti Tunku Ismail.

Menurut Estu yang merupakan wartawan portal terkenal Indonesia, Bolasport.com, kebangkitan bola sepak Malaysia termasuk pasukan kebangsaan dan Liga Malaysia telah mula memberikan impak semenjak Tunku Ismail membuat penampilan dalam Liga Malaysia pada tahun 2013.

“Sejujurnya kami agak cemburu apabila Malaysia memiliki pemimpin seperti Tunku Ismail. Jika Indonesia ada ketua seperti Tunku Ismail, saya percaya bola sepak Indonesia akan bertambah menjadi semakin kuat.

“Saya mengikuti perkembangan Liga Malaysia dan jika diperhatikan sejak kemunculan Tunku Ismail dalam bola sepak Malaysia pada tahun 2013, banyak perkara-perkara yang telah membantu meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan mahupun Liga Malaysia itu sendiri.

“Sememangnya Selangor memiliki sejarah dan tradisi di mana mereka terkenal dalam kelompok penyokong Indonesia tetapi kami kini mula melihat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada di bawah kepimpinan Tunku Ismail telah mencuri perhatian kami terutama kejayaan mereka memenangi Piala AFC pada 2015.

“Jika anda tanya kepada saya, saya sudah pasti mahu seorang (seperti) Tunku Ismail wujud dalam bola sepak Indonesia dan saya percaya penyokong-penyokong Malaysia harus menghargai Tunku Ismail kerana Tunku Ismail adalah satu dalam sejuta di mana ketokohannya tidak perlu disangkalkan lagi.

“Jika boleh saya mahu ‘claim’ Tunku Ismail itu sebenarnya datang dari Indonesia dan memujuknya datang ke Indonesia,” katanya berseloroh.

Estu turut memuji perancangan Tunku Ismail yang juga merupakan Pengerusi Malaysia Football League yang mahu memperkenalkan badan bebas pengadil, Profesional Match Official Malaysia (PMOM) dalam usaha meningkatkan lagi kualiti dan imej Liga Malaysia itu sendiri.

“Percaya atau tidak, saya yakin negara-negara lain seperti Indonesia, Vietnam dan lain-lain sudah mula memandang tinggi selain berwaspada dengan kebangkitan Liga Malaysia.

“Idea Tunku Ismail memperkenalkan kuota pemain Asia Tenggara itu sendiri menjadikan Liga Malaysia semakin mendapat perhatian di mana penyokong Indonesia sekarang semakin berminat mengikuti Liga Malaysia kerana ada pemain Indonesia yang beraksi di sini seperti Saddil Ramdani.

“Kini pemain-pemain Indonesia berlumba-lumba mahu datang di sini kerana kemajuan Liga Malaysia sejak berada di bawah Tunku Ismail bergerak dengan semakin pantas daripada segi kualiti, penjenamaan dan imej di pentas Asia.

“Selain menyaksikan Liga Malaysia memperolehi slot automatik dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), pengenalan badan bebas pengadil (PMOM) itu sendiri membuktikan Liga Malaysia dalam landasan terbaik di mana Indonesia sendiri masih belum berjaya untuk mewujudkan badan bebas pengadil professional,” ujarnya. – OLEH MUHAMMAD AIMAN 

Please follow and like us:
0