foto – Northern Lions Perlis

 

Jika benar bekas pemain tengah kebangsaan, Badhri Radzi bercadang mahu meninggalkan Perlis susulan masalah kewangan dihadapi pasukan itu sehingga menyebabkan berlakunya tunggakan gaji, Kelantan United FC berminat untuk memancing khidmat pemain itu.

Menurut laporan sebuah portal sukan, bekas kapten Kelantan itu mempunyai aura tersendiri untuk menarik sokongan peminat meskipun kariernya sudah berada di penghujung dan pengalamannya diyakini dapat memperkasa perjuangan skuad kendalian Zahasmi Ismail itu.

Sumber terdekat dengan pasukan itu dilaporkan berkata, ā€œKita ada terbaca mengenai keluhan Piya, sudah tentu ia bukan satu pengakhiran karier yang baik untuk seorang pemain yang telah begitu banyak berjasa. Dia mengharungi detik sukar pada musim lalu bersama Kelantan dan tahun ini pula segalanya seolah seperti tidak kena.

ā€œKelantan United ketika ini sedang gigih mempersiapkan pasukan, kita mahu memburu tempat ke Liga Premier dan sudah tentunya pengalaman seorang pemain seperti Piya amatlah diperlukan.

ā€œKita bukan sebuah pasukan besar dan kita juga mungkin tidak boleh menawarkan gaji yang terlalu tinggi. Tetapi saya percaya jika Piya datang ke sini, dia tidak akan terasa asing, Kota Bharu adalah tempatnya dan dia adalah ikon, legenda negeri kita.

ā€œSemua di sini sudah seperti keluarganya juga, dari barisan pemain hingga ke barisan kejurulatihan, semua ada hubungan baik dengannya. Jadi biarlah dia bermain dan noktahkan karier di sini.

ā€œBegitupun ini adalah pendapat peribadi saya, tidak mewakili pihak pengurusan mahupun barisan kejurulatihan. Saya percaya pihak pengurusan akan pantau perkembangan, tengok dulu sejauh mana situasi di alik sana dan jika kedua-dua pihak (Kelantan United FC dan Piya) ā€˜onā€™, barulah rundingan diadakan,ā€ ujar sumber tersebut.

Sebagai rekod, Kelantan United sebelum ini dikenali dengan nama Majlis Perbandaran Kota Bharu -Bandaraya Islam-Urusetia Belia dan Sukan (MPKB-Bri-Ubes FC) dan telah bermain di Liga FAM sejak 2016 sebelum dijenamakan semula bagi tahun 2019.

Antara pemain yang memperkuatkan skuad itu bagi mengharungi saingan Liga M3 adalah penjaga gol veteran Shahrizan Ismail, bekas tonggak treble Kelantan Daudsu Jamaluddin, Fakhrulzaman Zawawi, pasangan adik beradik Famirul Asyraf dan Faizol Nazlin Sayuti selain Amir Zikri dan Rozaimi Azwar. MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -