foto – Kuala Lumpur Hawks

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mengesahkan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan mereka bagi bulan November dan Disember 2018 telahpun diselesaikan sebelum perlawanan pertama Liga Super menentang Pahang pada Jumaat lalu.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata kini hanya gaji bagi bulan Januari 2019 yang belum dilunaskan dan beliau berharap ia akan dapat diselesaikan secepat mungkin agar tidak menganggu fokus dan semangat pemain-pemain.

ā€œKita sudah selesaikan pada Rabu minggu lepas sebelum lawan Pahang, ada laporan kata ia akan diselesaikan minggu ini, saya rasa ianya salah faham.

ā€œJumlah tunggakan keseluruhan RM2.1 juta telah dibayar merangkumi pemain dan anggota skuad Liga Super, Piala Presiden (B-21) dan juga Piala Belia (B-19).

ā€œUntuk Januari, tiada isu kerana ia bukan tertunggak tetapi hanya sedikit kelewatan dalam membuat pembayaran, dan jika ada rezeki kita cuba selesaikan minggu ini. Kita telah menepati janji untuk bayar tunggakan dua bulan untuk 2018, dan sudah tentunya kita juga akan tepati janji menyegerakan pembayaran Januari, doakan kami diberikan rezeki,ā€ ujar Nokman.

Nokman juga berterima kasih kepada semua pemain kerana memahami masalah yang KLFA hadapi berpunca daripada penangguhan kongres tahunan dan menunjukkan kesabaran.

Seperti yang diketahui, isu tunggakan gaji sebelum ini telah menyebabkan skuad warga kota kehilangan pemain bek kiri Syazwan Andik Ishak yang memilih membatalkan kontrak dan menyertai Johor Darul Takzim.

Kuala Lumpur bimbingan Yusri Che Lah membuka tirai saingan 2019 dengan kekalahan 1-3 kepada Pahang di laman sendiri dan seandainya KLFA dapat menyelesaikan gaji bulan Januari pada minggu ini, maka ia pastinya memberikan mereka motivasi tambahan untuk bangkit mengintai kejutan pada aksi kedua menentang juara Liga Super, Johor Darul Takzim di Larkin, 8 Februari ini. MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -