# 2 pemain bola berpeluang melatih bersama jurulatih FC Bayern’s Youth

 

 Liga Allianz Junior Football Camp (AJFC) Malaysia kini kembali.

Program ini terbuka kepada pemain bola sepak yang berumur 14 hingga 16 tahun dan sekali lagi akan menawarkan peluang menyertai AJFC di Munich serta melatih di Säbener Strasse yang merupakan rumah kepada FC Bayern Munich, juara terunggul Jerman.

“Pada terasnya, matlamat AJFC adalah untuk memberi peluang kepada pemain-pemain bola yang muda dalam lingkunan 14 hingga 16 tahun untuk memulakan impian mereka. Dan itu yang kita akan terus lakukan. Kita tahu bahawa AJFC adalah pilihan tepat untuk mengisi jurang di peringkat akar umbi untuk bola sepak kompetitif peringkat muda,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad pada pelancaran rasmi program itu.

“Ya, kami meningkatkan tahap kesukaran format liga ini, tetapi ini adalah cara terbaik untuk mengajar mereka asas untuk menjadi pemain bola sepak professional. Dalam musin AJFC ini, para pemain akan terdedah kepada semua sudut bermain bola sepak iaitu latihan, perlawanan mingguan, perjalanan dan lima minggu bermain bola sepak sepenuhnya,”tambah Zakri.

Liga AJFC Malaysia mempunyai enam kawasan – Deareh Tengah, Selatan, Utara, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Pertandingan akan bermula pada 2 Mac di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (Daerah Tengah) dan Padang 10, Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka (Daerah Selatan).

Seterusnya, Daerah Utara (Stadium Universiti Sains Malaysia, Penang) dan Daerah Pantai Timur (Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah in Kuantan, Pahang) pada 9 Mac dan di Sabah ( Padang Sukma Kota Kinabalu) dan Sarawak (Kompleks Sukan Petrajaya, Kuching) pada 16 Mac.

Setiap daerah akan menampilkan 16 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan yang merangkumi lapan pemain setaip pasukan (Kumpulan A dan B). Pasukan-pasukan ini akan berlawan dalam format pusingan Robin, dan setiap perlawanan akan berlangsung selama 70 minit. Pemenang berkumpulan daripada kumpulan A dan B akan mara ke daerah akhir.

Selepas daerah akhir, barisan juri Liga AJFC Malaysia yang diketuai oleh ketua pemilih E.Elavarasan, bekas juru latih Felda United FC, PKNS F.C dan Melaka United yang akan memelih 18 pemain terbaik setiap daerah untuk membentuk enam kumpulan daerah untuk bertanding di Perlawanan Akhir dari 4 hingga 6 Julai di Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Subang Jaya.

Selepas Perlawanan Akhir, 10 daripada permain-pemain terbaik akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam Kem Allianz Explorer – Edisi Bola Sepak di Singapura dari 23 hingga 26 Julai.

Di situ, pemain-pemain akan ambil bahagian dalam latihan kemahiran di mana dua pemain terbaik akan dipilihuntuk menyertai Kem Allianz Explorer – Edisi Bola Sepak di Munich, Jerman pada bulan Ogos.

- Advertisement -