LTdL 2019 dianjak seminggu daripada tarikh asal

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/02/ltdl-2019-dianjak-seminggu-daripada-tarikh-asal">
Twitter
Pinterest

 

#UCI sahkan kelas 2.HC masih kekal walaupun berlaku perubahan tarikh

 

Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengesahkan status 2.HC (Hors Class) bagi perlumbaan jelajah berbasikal terbesar Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi (LTdL) tidak akan terjejas sekaligus menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Kegusaran disuarakan PKBM selepas penganjur yang dilantik, Human Voyage menyuarakan hasrat untuk meminda tarikh asal LTdL.

“Perubahan tarikh seperti yang diminta masih didalam prinsip dan tidak akan menjejaskan kelas perlumbaan yang berkaitan,”kata Koordinator Laluan, dan Lebuhraya UCI, Olivia Jacquet menerusi kenyataan balas berhubung pindaan tarikh LTdL.

Human Voyage telahpun mencadangkan tarikh baru, 27 April – 4 Mei namun tidak dipersetujui Olivia kerana ia bertembung dengan Kejohanan Berbasikal Lebuhraya Asia  yang dijadual berlangsung dari 23 – 28 April.

“Jelas sekali acara berkenaan (LTdL) tidak akan berlangsung mengikut tarikh semasa (24-31 Mac) dan kami (UCI) akan mengeluarkannya dari Kalendar Antarabangsa UCI.

“Tarikh baru akan didaftarkan selepas mendapat persetujuan daripada kesemua pihak yang terlibat,”jelas Olivia lagi.

Beliau juga mengingatkan laporan kewangan bagi penganjuran edisi lalu disertakan, malah, sebarang isu khususnya tunggakan pembayaran wang kemenangan diselesaikan sebelum tarikh baru diserahkan kepada UCI.

Situasi ini jelas mengundang ‘kemarahan’ kepada PKBM yang menghantar meminta penjelasan daripada UCI susulan tindakan Human Voyage yang berhubung secara terus dengan UCI tanpa memaklumkan pihaknya terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Induk LTdL yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Lokman Hakim Ali mengesahkan tarikh bagi saingan jelajah berbasikal LTdL 2019 telah dipinda ke 6 hingga 13 April depan berbanding tarikh asal, 24-31 Mac.

Keputusan ini dibuat sebagai mematuhi arahan mesyuarat Jemaah Menteri yang mahu tarikh perlumbaan dipinda bagi mengelakkan pertembungan tarikh  dengan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ‘19) yang berlangsung dari 26 hingga 30 Mac. 

LTdL 2019 melibatkan laluan keseluruhan sejauh 1190.1 km, bermula dari Muar, Johor dan tamat di Pulau Langkawi.

Perlumbaan edisi tahun ini dijangka mengembalikan laluan Genting Highlands dan Cameron Highlands yang dijangka menjadi tumpuan utama perlumbaan.

Please follow and like us:
0