SIC rakan strategik rasmi ISN

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/02/sic-rakan-strategik-rasmi-isn">
Twitter
Pinterest

 

 

Institut Sukan Negara (ISN) hari ini mengumumkan penyertaan terkini Sepang International Circuit (SIC) sebagai rakan strategik institut sukan berkenaan.

Menurut ISN dalam kenyataan hari ini, kerjasama strategik antara ISN dan SIC itu adalah kerjasama yang julung kalinya diadakan khusus dalam bidang perkhidmatan sukan berprestasi tinggi bagi sukan permotoran.

Kerjasama strategik ini juga merupakan langkah positif bagi memajukan sukan permotoran negara.

Antara skop dan kerjasama strategik berkenaan adalah ISN bersetuju memberikan perkhidmatan prestasi tinggi sukan dengan merancang dan melaksanakan program-program berteraskan aspek sains dan perubatan sukan kepada pelumba-pelumba Petronas Sepang Racing Team dan pelumba-pelumba di bawah program pembangunan bakat SIC dan Impian Ke MotoGP (IKM).

“(Pelumba-pelumba program berkenaan) dalam persediaan pelbagai kejohanan seperti Kejuaraan Dunia Remaja CEV Sepanyol (CEV), Piala Pembangunan Bakat Eropah, Piala Pembangunan Bakat Idemitsu Asia dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC),” kata kenyataan itu.

Selain itu pihak ISN bersetuju memberikan perkhidmatan aplikasi sains sukan yang komprehensif dan sistematik berasaskan amalan terbaik dan penyelidikan dalam pengkhususan seperti pemakanan, psikologi, fisiologi senam, biomekanik dan suaian fizikal spesifik untuk sukan permotoran.

ISN dan SIC mengharapkan lebih banyak pertukaran pengalaman dan kajian sukan berprestasi tinggi bagi sukan permotoran dapat dilaksanakan melalui kerjasama tersebut.

Malah kerjasama yang dijalankan ini merupakan suatu kerjasama yang penting bagi pertukaran maklumat, pengalaman, pengetahuan dan kajian penyelidikan terkini ke arah kemajuan sukan permotoran negara. BERNAMA 

 

 

 

Please follow and like us:
0