UniKL teruskan rentak kemenangan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/02/unikl-teruskan-rentak-kemenangan">
Twitter
Pinterest

 

 

Tonggak import Belanda, Martijn Havenga meledak dua jaringan tatkala Universiti Kuala  Lumpur (UniKL) mencatat kemenangan 5-1 ke atas Maybank di Stadium Tengku Abdullah, Bangi, untuk melonjak ke persada Liga Premier (Liga Hoki Malaysia).

Kemenangan itu membolehkan UniKL kini menghimpun 16 mata hasil lima kemenangan dan satu seri untuk memintas Tenaga Nasional Berhad (TNB) satu mata dengan Terengganu Hockey Team (THT) yang menewaskan UiTM 5-3 mengekori rapat di kedudukan ketiga dengan 13 mata.

“Saya tidak boleh mengharapkan jaringan yang lebih berharga daripada ini, Izwan menghasilkan gol yang menarik dan saya peluknya. Ia adalah gol pertamanya dalam pertandingan,” kata ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj.

“Ini adalah hanya pusingan pertama liga dan amat penting untuk kami menamatkannya di puncak. Apa yang positif daripada perlawanan ini pemain saya beraksi dengan tenang. Malah, struktur permainan kami semakin kemas dan ia menggembirakan saya.”

Selepas banyak bertahan di awal permainan, Maybank dihadiahkan pukulan sudut penalti pertama seawal minit kelima, namun hayunan Mohamed Ridzuan Mohd Nasir berjaya ditepis penjaga gol UniKL dari Ireland, David Harte.

Bagaimanapun, ia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk UniKL mencipta gol pembukaan. Ia hadir menerusi pukulan deras kapten Muhammad Marhan Mohd Jalil pada minit ke-11, yang tidak meninggalkan sebarang peluang buat penjaga gol Maybank, Mohd Hanafi Hassan menidakkan percubaan tersebut.

Enam minit kemudian, Maybank di bawah kendalian Azrul Effendy Bistaman kembali menyamakan kedudukan menerusi penyudah bekas penyerang negara Hafifihafiz Hanafi tetapi Martijn Havenga meletakkan semula UniKL di depan 2-1 menerusi pukulan sudut penalti dua minit sebelum menuju rehat separuh masa.

UniKL terus garang di suku ketiga dan meraih pukulan sudut penalti ketiga pada minit ke-39 untuk ‘senjata’ importnya dari Belanda, Havenga yang gagal menemui jaringan ketika bertemu Nur Insafi minggu lalu, sekali lagi tidak mensia-siakan peluang untuk pasukannya selesa di depan 3-1.

Penyerang Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan bintang Belanda, Robbert Kemperman mengesahkan kemenangan bergaya tuan rumah UniKL apabila masing-masing menjaringkan gol padang pada minit ke-52 dan 59.

Please follow and like us:
0