Pelumba Australia, Broc Parkes meneruskan penguasaan dalam kategori Asia Superbike 1000cc apabila mencatat masa terpantas ketika sesi latihan bebas hari pertama Pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Pelumba YAMAHA Racing Team ASEAN itu mencatat masa terbaik 2â05.608s yang dilakukan ketika sesi latihan bebas ketiga sementara pelumba handalan negara, Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) memberikan cabaran apabila sekadar 0.80s di belakang dengan catatan 2â05.688s.
Pelumba KAWASAKI Thailand Racing Team, Thitipong Warokorn muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 2â06.333s.
Seorang lagi pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-Dream Racing With SHOWA) mencatat masa keenam terpantas dengan masa 2â06.832s.
âSaya memulakan aksi hari ini dengan begitu baik apabila mencatat masa terpantas sewaktu sesi latihan pertama. Malangnya, aksi saya sedikit terjejas setelah terjatuh dalam sesi latihan kedua namun mujur jentera saya tidak mengalami kerosakan teruk.
âSaya harap dapat memberi aksi terbaik sewaktu sesi kelayakan esok dan dapat memulakan perlumbaan akhir pertama dari barisan depan,â jelas Azlan.
Sementara itu, saingan SuperSports 600cc menyaksikan lima pelumba negara menguasai enam catatan terpantas dengan bekas pelumba Moto3 negara, Muhamad Adam Mohd. Norrodin (SIC Junior ZK Racing) muncul pelumba kedua terpantas setelah mencatat masa terbaik 2â10.934s yang dilakukan dalam sesi latihan ketiga.
Md Ramdan Rosli (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) mengekori di belakang dengan masa 2â11.027s dan Azroy Hakeem Anuar (Musashi Boon Siew HONDA Racing) dengan catatan terbaik 2â11.168s.
Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong YAMAHA Malaysia) muncul pelumba kelima terpantas dengan masa 2â11.189s sambil juara Underbone 150cc 2017, Md Helmi Azman keenam dengan masa 2â11.254s.
Ahmad Fazli Sham turut tampil cemerlang apabila berjaya mendahului sesi kelayakan seterusnya bakal menjadi pelumba terakhir yang akan keluar untuk sesi Superpole bagi menentukan grid perlumbaan akhir. Pelumba berpengalaman negara itu mencatat masa terpantas 2â32.984s.