Cabaran 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan 2019 bermula

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/03/cabaran-100plus-sirkit-remaja-kebangsaan-2019-bermula">
Twitter
Pinterest

Saingan hari pertama Divisyen Satu Kejohanan Badminton 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan di Pulau Pinang pada Sabtu (9 Mac 2019) berlangsung dalam suasana yang cukup meriah meskipun empat pemain pilihan bagi saingan Perempuan Bawah 16 tahun bagi mendapat ‘bye’.   

Pemain Sabah, Arena Satu Samin diletak selaku pilihan utama kejohanan diikuti wakil dari Selangor, K Letshaana sementara pemain Kuala Lumpur, Odelia Wong Qiao Shi turun dengan status pilihan ketiga dan rakan sepasukan Letshaana, Loh Zhi Wei diletak selaku pilihan keempat kejohanan.

Pusingan pertama hari ini menyaksikan wakil Selangor, Siti Nurshuhaini Azman tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua selepas menang straight set 21-15, 21-14 ke atas Lee YTue Qi dari Kuala Lumpur.

Shuhaini berdepan tugas getir apabila bakal bertemu Arena di pusingan kedua esok.

Pilihan kedua, K Letshaana akan beraksi menentang Velerry Yap Ka Ying dari Sabah yang melepasi pusingan pertama selepas menundukkan wakil Johor, Zuraini Nazri straight set 21-9, 21-9.

Satu lagi wakil Sabah, Melody Wong turut mara ke pusingan kedua, namun dipaksa bertarung tiga set sebelum menang 16-21, 21-18, 23-21 ke atas wakil Johor, Davincy Saha Dlyvya.

Melody akan berdepan Loh Zhi Wei untuk memburu slot ke suku akhir.

Lain lain perlawanan, Lim Shin dari Johor bakal berdepan Odelia Wong di pusingan kedua esok selepas menang mudah 21-2, 21-7 ke atas Enrika Khaw dari Pulau Pinang.

Sementara itu saingan Lelaki Bawah 16 tahun, Divisyen Dua yang berlangsung di Alor Setar, Kedah menyaksikan pilihan utama kejohanan, Muhd Al-Imran Jasni mara ke suku akhir dalam acara perseorangan lelaki selepas mengatasi N Sharven Rao dari N Sembilan straight set 21-19, 21-15.

AL-Imran akan berdepan wakil Sarawak, James Ling See yang menundukkan wakil tuan rumah, Khoh Jian Cheng 21-10, 17-21, 21-13 untuk merebut slot separuh akhir.

Harapan bagi Kedah kini terletak di bahu pilihan kedua, Aiman Mustakim Razali yang akan berdepan Cheng Dong Ni dari N. Sembilan di peringkat suku akhir.

Divisyen Tiga yang memulakan saingannya hari ini di Putrajaya menyaksikan wakil perseorangan lelaki Bawah 16 tahun dari Kelantan, Goo Vie Keat akan memulakan aksi pusingan kedua menentang wakil tuan rumah, Chong Kah Hoe selepas mendapat ‘bye’ di pusingan pertama.

Kah Hoe terdahulu dipaksa bekerja keras sebelum menang 20-22, 21-17, 23-21 ke atas Naveewat Sawat dari Perlis.

Satu lagi wakil tuan rumah, Aaron Wong Zyi Syen yang turut mendapat ‘bye’ di pusingan pertama hari ini akan memulakan aksi pusingan kedua menentang wakil Kelantan, Suhaimi Muhd Afiq.

Please follow and like us:
0