Pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe memanggil 12 muka baru bagi menjalani kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Selasa, 12 Mac 2019 bagi persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac 2019.

Ia disusuli aksi persahabatan antarabangsa menentang pasukan Nepal juga di stadium yang sama pada 26 Mac.

25 pemain dipanggil dimana 13 daripadanya merupakan pemain pemain yang dibawa ketika saingan Piala Suzuki AFF penghujung tahun lalu.

Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari diserap ke dalam skuad B23 kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.

Manakala enam lagi pemain tidak dipanggil Cheng Hoe kali ini iaitu penjaga gol Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Adam Nor Azlin, Amirul Azhan Aznan, Syafiq Ahmad dan Shahrel Fikri Md Fauzi.

Tiga pemain Selangor – Abdul Latiff Suhaimi, Faiz Nasir dan Abdul Halim Saari; dua pemain Pahang – Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih; serta dua pemain Kedah – penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim dan Rizal Ghazali.

Turut tersenarai adalah Hadin Azman (Felda United), Firdaus Saiyadi (Perak), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Nicholas Swirad (PKNS FC) dan S Kumaahran (JDT II).

Para pemain akan melapor diri pada 12 Mac ini untuk menjalani latihan pusat manakala empat pemain JDT yang terlibat dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada tarikh yang sama hanya akan melapor diri sehari kemudian.

Malaysia akan memulakan saingan Piala AIRMARINE 2019 menentang Singapura pada Rabu, 20 Mac 2019  disusuli aksi menentang Oman atau Afghanistan  pada Sabtu, 23 Mac 2019.

Perlawanan  persahabatan antarabangsa “A” bertemu Nepal tiga hari berikutnya melengkapkan jadual aksi antarabangsa Harimau Malaya sebelum kesemua pemain kembali bersama pasukan masing masing. 

Barisan 25 pemain:

Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Kenny Pallraj, Firdaus Saiyadi (Perak), Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha, Matthew Davies, Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Syazwan Zainon, Abdul Latiff Suhaimi, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari (Selangor).

Zaquan Adha Abd Radzak, Ifwat Akmal Chek Kassim, Rizal Ghazali (Kedah), Akram Mahinan, Nicholas Swirad (PKNS FC), Syazwan Andik Ishak, Ahmda Hazwan Bakri, S.Kumaahran (Johor Darul Ta’zim), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur) Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Hadin Azman (Felda United).

 

- Advertisement -