Skuad Harimau Malaya gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 ke atas negara jiran, Singapura dalam saingan Piala Airmarine 2019 di Bukit Jalil.

Jaringan tunggal Singapura terhasil di penghujung perlawanan menerusi Faris Ramli sekaligus memastikan pelawat mara ke final sekaligus bertemu Oman pada Sabtu.

Lapan minit menuju penamat, perancang utama Singapura, Khairul Amri Kamal bijak melorongkan bola kepada Faris yang tidak dikawal dengan sebelum melepaskan rembatan lemah menewaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Malaysia bagaimanapun aga hambar di babak pertama perlawanan apabila barisan pertahanan seringkali membuka ruang kepada pelawat untuk mencipta peluang.

Tatkala barisan pertahanan dilihat gagal mengekang asakan pemain lawan antara Yasir Hanapi, Khairul Fahmi Che Mat yang cukup berpengalaman dalam mengemudi gawang negara dilihat sebagai pilihan tepat apabila menafikan sekurang kurangnya tiga percubaan Singapura.

Rentak permainan Harimau Malaya yang turun tanpa laungan keramat daripada ‘ekor’ Harimau Malaya tampak berkesan di babak kedua perlawanan selepas Abdul Halim Saari dibawa masuk menggantikan Norshahrul Idlan Talaha.

Kali ini giliran Malaysia dihidangkan deretan peluang keemasan untuk merobek gawang Singapura sekaligus mara ke final, namun peluang yang dimiliki, kapten pasukan Zaquan Adha Abd Razak dan Mohamadou Sumareh disia siakan

Kekalahan Malaysia bermakna skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan berdepan Afghanistan dalam perlawanan klasifikasi tempat ketiga / keempat pada petang Sabtu.

 

 

- Advertisement -