Impian untuk melihat skuad bawah 23 tahun negara melangah ke perlawanan pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 di Thailand tahun depan.

Meskipun melakar kejutan selepas mengikat juara kumpulan J, China dua sama, ia tidak cukup untuk memastikan Malaysia mengisi empat slot terakhir yang ditawarkan buat pasukan yang menghuni tangga kedua kumpulan.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menduduki tangga ke tujuh terbaik daripada 10 pasukan, tidak termasuk Thailand yang telah pun layak secara automatik atas kapasiti tuan rumah.

Malaysia menduduki tangga ketiga pada satu ketika selepas tamat perlawanan menentang China di Stadium Shah Alam malam tadi, namun selepas lengkap kesemua perlawanan peringkat kumpulan awal pagi tadi.

Australia, Iran, Syria dan Arab Saudi melengkap slot terakhir 16 pasukan ke pusingan akhir berdasarkan peraturan jumlah gol perbezaan jaringan.

 

Jiang Sheng ranapkan impian OKS 

 

Kehadiran lebih 20 000 ‘pemain ke 12’ Harimau Malaya malam tadi jelas memberi suntikan semangat yang cukup tinggi buat barisan kejurulatihan dan pemain pemain B23 negara.

Suasana di Stadium Shah Alam bertukar riuh selepas hantaran silang pemain pertahanan Muhd Syahmi Safari di tampan pertahanan lawan, Yang Liyu sebelum bola bergolek ke gawang sendiri di minit ke 10.

Keceriaan itu bagaimanapun hanya bertahan empat minit sebelum hantaran silang rakan sepasukan ditanduk kemas Zhang Yuning untuk mengikat kedudukan  1-1 sebelum tamat separuh pertama.

Malaysia terus garang dengan corak menyerang yang aggresif sekaligus memberi keseukaran untuk anak didik Guus Hiddink mencari jaringan.

Percaturan itu tampak membuahkan hasil apabila penjaga gol China, Chen Wei gagal menangkap kemas sepakan sudut Nik Akif Syahiran dan peluang terhidang dimanfaatkan Muhd Danial Haqim di minit ke 54.

Malaysia tidak menunjukkan sebarang tanda mahu bertahan dengan kedudukan 2-1 itum sebaliknya terus menekan China.

Jiang Sheng mengubah emosi di Stadium Shah Alam apabila menjaringkan gol penyamaan untuk China ketika permainan berbaki tujuh minit menuju penamat.

Malaysia kekal ditangga kedua sebagai naib juara peringkat kelayakan, berkongsi tujuh mata dengan China yang merupakan juara kumpulan dengan kelebihan perbezaan jaringan.

- Advertisement -