Kim Swee dapat ‘kekuatan’ penuh hadapi Kelayakan B23 AFC 2020

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/03/kim-swee-dapat-kekuatan-penuh-hadapi-kelayakan-b23-afc-2020">
Twitter
Pinterest

 

Skuad bawah 23 tahun negara memilih untuk mengadakan aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan B22 Australia sebagai ujian bagi memilih 23 pemain untuk mengharungi Kelayakan Kejuaraan B 23 AFC 2020. 

27 pemain dipanggil Ketua Jurulatih skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee untuk kem latihan pusat sebelum turun beraksi bermula  22 hingg 26 Mac di mana perlawanan melibatkan Malaysia akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Menerusi kenyataan media oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, selain enam pemain pemain yang beraksi untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT), pemain yang terlibat dalam Liga Super atau Premier perlu melaporkan diri pada Isnin depan (11 Mac).

Manakala pemain JDT yang akan beraksi dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) pada 12 Mac dikehendaki melaporkan diri keesokkan harinya. 

Kim Swee memutuskan untuk menggugurkan Nabil Hakim Bohari dan Danish Haziq Saipul Hisham selain mengekalkan 21 pemain yang dibawa ketika menyertai Kejuaraan B22 AFF di Phnom Penh, Kemboja bulan lepas.

Malah, kehadiran tonggak yang beraksi ketika Piala Suzuki AFF 2018, Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari pastinya sesuatu yang menggembirakan Kim Swee selepas gagal mendapatkan khidmat mereka sebelum ini.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan J akan bermula dengan aksi bertemu Filipina pada 22 Mac diikuti aksi menentang Laos pada 24 Mac dan China pada 26 Mac, di mana ketiga-tiga perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam.

Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand manakala hanya empat/lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.

Malaysia sebelum ini ketika turut dibimbing Kim Swee layak ke pusingan akhir buat kali pertama pada Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China dan berjaya mencipta sejarah melangkah ke suku akhir sebelum tewas 2-1 kepada Korea Selatan.

 

Barisan 27 pemain:

Johor darul Takzim 

Muhammad Haziq Nadzli, Dominic Tan Jun Jin, Syamer Kutty Abba, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Hariz Kamarudin

Kelantan 

Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Danial Haqim Draman, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Nik Azli Nik Alias, Damien Lim Chien Khai 

Pahang

R Kogileswaran, R. Dinesh, Mohamad Faisal Abdul Halim

Felda United

Muhamad Azri Ab Ghani, Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir, Muhammad Danial Amier Norhisham 

PKNS FC

Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew, Ariff Ar-Rasyid Ariffin  

Sabah

Evan Wensley Wenceslaus, Ariusdius Jais

Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama) K. Thivandaran (PJ City FC), Muhammad Amirul Ashraf Ariffin (UiTM FC), Muhammad Nazirul Afif Ibrahim (Perak), Muhammad Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu FC II) , Muhammad Syahmi Safari (Selangor).

 

 

 

Please follow and like us:
0