Lebih 700 anak muda dari seluruh pelusuk negara mengambil bahagian dalam misi pemburuan mencari bakat bakat baharu sukan badminton menerusi Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaa 100PLUS tahun ini. Acara tahunan oleh Persatuab Badminton Malaysia (BAM) bakal melibatkan tujuh lokasi pertandingan termasuk Grand Final.

Acara yang dinanti nantikan ini memulakan pusingan pertama di Alor Setar, Kedah pada hari ini (8 Mac 2019) sehingga Selasa depan (12 Mac 2019) sementara saingan di Putrajaya dan Pulau Pinan dijadual bermula esok sehingga Rabu (13 Mac 2019).

Pusingan kedua pula akan bermula pada Mei dimana Johor, Melaka dan Pahang bakal menjadi tuan rumah sementara Negeri Sembilan akan melengkapkan jadual Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS sebagai venue Grand Final yang dijadual berlangsung pada Julai.

“Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS telahpun diadakan sejak sekian lama dan diiktiraf menjadi nadi utama dalam pembangunan termasuklah melahirkan bakat bakat baharu. Pemain pemain semasa termasuklah pemenang pingat Emas Sukan Olimpik Remaja, Goh Jin Wei antara yang pernah beraksi di kejohanan ini,”kata Pengurus Pemasaran, Penaja dan Pengaktifan F&N Beverages Sdn Bhd, Engku Isyam Tuan Losin.

Seramai 759 pemain akan mengambil bahagian dalam kategori Bawah 12, Bawah 14 dan Bawah 16 tahun bagi pusingan pertama kelak. Persembahan dan prestasi pemain pemain ini akan dipantau secara rapi sepanjang kejohanan dimana mereka berpeluang untuk diserap ke Sekolah Sekolah Sukan.

100PLUS merupakan penaja utama 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan Antara Negeri yang akan turut diadakan pada November tahun ini.

100PLUS merupakan minuman isotonik no. 1 negara, merupakan penaja rasmi minuman untuk semua acara dan aktiviti yang melibatkan BAM termasuk Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dan Malaysia Masters. Datuk Wira Lee Chong Wei, Goh Jin Wei dan pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan merupakan duta 100PLUS.

100PLUS merupakan minuman yang ideal kepada pemain pemain remaja khususnya yang beraksi di sirkit remaja. Minuman tanpa karbonat akan membantu pemain pemain untuk mencapai tahap terbaik ketika beraksi.

100PLUS ACTIVE meneruskan warisan dalam membina jenama menerusi kesukanan dan mensasarkan pengguna yang mencari gaya hidup bersukan selain mencari kecergasan menerusi minuman yang mampu memberi tenaga dan mengelakkan dehidrasi.

100PLUS juga merupakan penaja kategori Perak untuk Temasya Sukan SEA dan Para Kuala Lumpur 2017. Selain BAM, 100PLUS turut menyokong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila menjadi minuman Isotonik Rasmi Malaysia Football League (MFL).

100PLUS turut memberi komitmen dalam pembangunan akar umbi kerana turut menyokong Liga KPM (kelolaan MSSM). 100PLUS menjadi minuman yang mendapat sokongan penuh Majlis Sukan Negara (MSN).

- Advertisement -