100PLUS beri peluang pelajar bertemu pemain hoki kebangsaan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/04/100plus-beri-peluang-pelajar-bertemu-pemain-hoki-kebangsaan">
Twitter
Pinterest

Pengeluar minuman isotonik nombor satu negara, 100PLUS dengan kerjasama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memberi peluang kepada sekumpulan pelajar untuk mendekati pasukan hoki kebangsaan yang sedang menjalani persiapan untuk kejohanan FIH Series Finals yang dijadual berlangsung minggu ini.

Lebih 40 pelajar yang terpilih hadir di sesi bertemu pasukan hoki kebangsaan sebagai tanda sokongan kepada skuad hoki kebangsaan menjelang aksi pembukaan menentang Brazil pada Jumaat. Peminat yang terdiri daripada pelajar berusia 13 dan 14 tahun juga sempat untuk beramah mesra, mengambil gambar kenangan atau swafoto serta mendapatkan tanda tangan daripada pemain pemain sebagai kenangan manis.

“Sesi ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang serta menaikkan semangat kepada pemain pemain hoki kebangsaan sebelum beraksi tiga hari lagi,”kata Engku Isyamuddin Tuan Losin, Pengurus Pemasaran Sukan dan Pengaktifan, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd. “Kami turut memberi sokongan dan mengharapkan skuad kebangsaan mencapai keputusan yang baik. Kami juga berharap penyokong penyokong hadir untuk memberi sokongan penuh kepada skuad hoki kebangsaan.”

100PLUS dipilih sebagai pembekal kebangsaan untuk kejohanan hoki FIH Series Finals. Dibawah penajaan ini, 100PLUS dan air mineral Ice Mountain akan dibekalkan kepada pemain pemain dan pegawai pertandingan. Pemain pemain khususnya berpeluang untuk menikmati 100PLUS yang akan membantu mengelakkan proses dehidrasi serta memberikan yang terbaik ketika pertandingan.

Please follow and like us:
0