Anugerah Atlet Muda Terbaik menjadi milik Muhammad Fauzi

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/04/anugerah-atlet-muda-terbaik-menjadi-milik-muhammad-fauzi">
Twitter
Pinterest

Atlet muda negara, Muhammad Fauzi Kaman Shah dipilih oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) sebagai penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik Anugerah SAM-100PLUS 2018.

Pemilihannya adalah berdasarkan aksi yang konsisten dalam setiap pertandingan yang disertai atlet pelayaran berusia 16 tahun itu sepanjang tahun lepas.

Naib Presiden SAM Izahar Atan berkata “Prestasi yang ditunjukkan ketika beraksi di Sukan Asia 2018 menjadi faktor utama kepada pemilihannya untuk menerima anugerah ini,”

“Mewakili SAM, kami berharap kecemerlangan yang ditonjolkan menjadi inspirasi kepada atlet atlet muda lain untuk bekerja lebih keras demi mengharumkan nama Malaysia,”kata Izahar

Muhammad Fauzi akan menerima anugerah berkenaan pada majlis gilang-gemilang yang akan diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 10 April ini.

Majlis Anugerah SAM-100Plus 2018 yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun penubuhan SAM yang ke-50 itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar untuk berangkat hadir ke majlis itu.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga dijadualkan hadir pada majlis tersebut.

Tiada siapa menyangka, atlet kelahiran Pulau Langkawi ini pada awalnya tidak berminat langsung dengan sukan pelayaran, namun atas dorongan ibunya, Hasni Muhammad, yang bekerja sebagai tukang masak di Kompleks Sukan Perahu Layar

Kebangsaan di Langkawi, kini beliau menjadi sebutan sebagai antara atlet pelayaran terbaik di Malaysia.

Bermula dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan kemudiannya berjaya menghasilkan pingat dalam dua temasya Sukan SEA di Singapura (2015) dan Kuala Lumpur (2017), kejayaan demi kejayaan terus berjaya dilakar Muhammad Fauzi.

Pencapaian atlet muda ini sepanjang tahun lalu menyaksikan beliau berjaya meraih pingat gangsa dalam acara Laser 4.7 di Kejohanan Perahu Layar Asia pada Jun 2018 sebelum merangkul pingat emas acara yang sama pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang pada tarikh sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61.

Pada majlis anugerah tahunan SAM itu, selain Anugerah Atlet Muda Terbaik, turutdisediakan adalah Anugerah Atlet Terbaik, Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik,Anugerah Persatuan Sukan Dinamik dan Anugerah Khas.

Anugerah SAM-100Plus 2018 turut memberikan pengiktirafan kepada wakil-wakil media tempatan, sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.

Pemenang keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Siebel serta hadiah wang tunai RM7,000.

Please follow and like us:
0