SERTAI KEM PENAJA SELAIN KEMBALI SEBAGAI LALUAN PERLUMBAAN

Debaran acara sukan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 terus diperhebatkan dengan kehadiran Genting Malaysia Berhad sebagai Penaja Rasmi bagi penganjuran edisi ke-24 tahun ini seperti yang diumumkan di majlis penajaan yang berlangsung pagi ini, 4 April 2019.

Penajaan ini menyusul selepas pusat peranginan terkemuka Resorts World Genting bersetuju untuk kembali menjadi laluan LTdL bagi tahun ini, seterusnya memberi suntikan berganda kepada LTdL 2019 yang akan membuka tirainya pada Jumaat, 6 April 2019 ini.

Tajaan Genting Malaysia Berhad adalah dalam bentuk wang tunai serta barangan dan perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta.

Kerjasama antara Genting Malaysia Berhad dengan LTdL bukanlah sesuatu yang asing dengan sejarah panjang sejak 1996 di mana syarikat tersebut telah menyumbang sebanyak lebih RM13 juta kepada LTdL bagi menjayakan acara sukan antarabangsa tahunan ini. Malah, Resorts World Genting juga telah menjadi tuan rumah bagi peringkat LTdL sebanyak 18 kali dalam sejarah penganjurannya.

Majlis hari ini turut disertai oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Steven Sim Chee Keong yang menyaksikan simbolik pemeteraian kerjasama antara Datuk Ahmad Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage dengan Yang Berbahagia Datoā€™ Sri Kay, Naib Presiden Perhubungan Korporat & Komunikasi, Genting Malaysia Berhad.

Sementara itu, sebagai sebuah pusat pelancongan yang ulung, penyertaan Resorts World Genting sebagai salah satu penaja LTdL memberi peluang untuk jenama tersebut terus dipromosikan dengan lebih luas di serata dunia, melalui laporan perlumbaan secara langsung dan kemuncak yang akan dipancarkan ke rangkaian liputan di 100 buah negara.

Ini juga bertepatan dengan objektif LTdL yang mahu mengetengahkan agenda pelancongan sukan (sports tourism) melangkaui aspek perlumbaan berbasikal semata-mata, seperti yang dimanifestasikan dalam tema tahun ini iaitu ā€œSports Unite, Cycling Contributesā€.

Ā ā€œResorts World Genting merupakan satu tarikan hebat, kerana ia sudah menjadi sebutan dunia, terutama dalam kalangan pelumba yang pernah mengharungi keperitan pendakian yang mencapai ketinggian lebih 1,700 meter itu. Pakar-pakar mendaki terbaik dunia dari Eropah, Amerika Selatan dan Asia sendiri mengakui hakikat ini dan menyebarkan kepada dunia mengenai kehebatan Genting Highlands,ā€ ulas Datuk Ahmad Mustafa mengenai keunikan Genting Highlands yang merangkumi aspek perlumbaan serta pelancongan.

ā€œSebagai sebuah organisasi bertaraf dunia dengan operasi di seluruh dunia, Genting Malaysia berbangga dapat bekerjasama dengan perlumbaan antarabangsa berprestij seperti Le Tour de Langkawi. Selepas empat tahun tidak melibatkan diri dengan acara ini, kami berbesar hati untuk sekali lagi menjadi tuan rumah bagi peringkat ā€œQueen Stageā€ di Resorts World Genting. Kami juga amat berbangga kerana kebiasaannya pemenang di peringkat perlumbaan Genting berkemungkinan besar berpeluang menjadi pemenang keseluruhan perlumbaan,ā€ kata Yang Berbahagia Datoā€™ Sri Kay.

ā€œKami amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Resorts World Genting untuk menyaksikan perlumbaan Peringkat ke-4 pada 9 April ini. Kami juga menjemput semua peserta dan penonton untuk memanfaatkan kesempatan melawat Genting Highlands dengan merasai sendiri pelbagai tarikan menarik dan pengalaman pelancongan terbaik di sana,ā€ tambah beliau lagi.

Perlumbaan LTdL di Resorts World Genting bakal berlangsung pada Peringkat 4, 9 April 2018, yang akan bermula dari Shah Alam, Selangor. Orang ramai dijemput untuk menyertai acara sampingan khususnya di lokasi penamat di Genting Highlands.

Pada masa yang sama, penganjur menasihatkan semua yang hadir untuk menyaksikan LTdL di lokasi perlumbaan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran acara dalam suasana yang meriah dan selamat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ltdlangkawi.my dan ikuti perkembangan terkini di laman media sosial Facebook, Twitter dan Instagram @ltdlangkawi.

- Advertisement -