Setiausaha Agung Kelab Bolasepak PKNS FC, Md Adi Harmizi Ariffin menegaskan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam tidak perlu tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang menggesa beliau melepaskan jawatannya.

Ini kerana Adi mendedahkan MFL telah banyak melakukan perubahan positif untuk bola sepak tempatan selain menjalankan tugas dengan baik membantu rakan kongsi mereka.

Jelas Adi, beliau menganggap rakan-rakan kongsi MFL seharusnya lebih menghargai peranan badan penganjur Liga Malaysia itu yang sentiasa berusaha keras untuk menaikkan insentif biarpun mereka masih belum menerima geran tahunan pada musim 2019.

ā€œBanyak perubahan telah dibuat oleh MFL dalam usaha merancakkan Liga Malaysia sebagai contoh pemberian geran di mana pada satu tahap kami tidak menjangka satu jumlah yang besar pada musim lalu sekaligus banyak membantu perbelanjaan pasukan.

ā€œMalah pada musim ini MFL turut melakukan penambaikan melalui sesi ā€˜meet and greetā€™ dengan mengunjungi pejabat setiap pasukan bertanding untuk berikan maklumat lebih terperinci berbanding sebelum ini yang taklimatnya hanya bentuk berpusat sahaja.

ā€œTidak perlu timbul sehingga menyuruh CEO MFL letak jawatan kerana tiap kali pasukan memerlukan bantuan dan rasanya MFL tiada masalah hendak bantu,ā€ katanya.

Dalam perkembangan sama, Adi mengakui kelab mereka telah mempelajari kelemahan selepas dikenakan hukuman gara-gara gagal melengkapkan dokumen pada tarikh akhir pendaftaran pasukan pada tahun lau.

ā€œDi sini pentingnya komunikasi antara pasukan dengan MFL dan tiap pasukan perlu berhubung awal sebelum tarikh tutup (pendaftaran) bagi dapatkan maklumat lebih tepat.

ā€œKami di PKNS sendiri telah ambil inisiatif menghantar satu surat kepada MFL untuk sahkan dokumentasi kami telah lengkap sebelum tarikh tutup supaya tiada apa-apa maklumat penting tertinggal.

ā€œHarapan saya sebagai salah satu rakan kongsi liga, setiap pasukan kena bersatu memajukan liga kita dan beri sokongan padu kepada MFL di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor (Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim) dan CEO, Kevin Ramalingam yang telah begitu komited dalam menaikkan prestij liga malaysia,ā€ ujarnya.

- Advertisement -