Program Jr. NBA Malaysia kembali untuk semai minat dikalangan remaja

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/04/program-jr-nba-malaysia-kembali-untuk-semai-minat-dikalangan-remaja">
Twitter
Pinterest

Bostjan Nachbar akan menjadi Pelatih di Kem Jr. NBA Malaysia pada 20 April 

National Basketball Association (NBA) hari ini mengumumkan program pembangunan remaja secara global yang dikenali dengan program Jr.NBA bertujuan mempromosikan budaya hidup yang sihat dan aktif. Ia akan kembali ke Malaysia untuk kali keenam berturut turut. Sejak dilancarkan pada 2014, program Jr. NBA Malaysia telah disertai lebih 770 000 pemain dan jurulatih dari seluruh negara.

Program ini akan dijalankan bersama Kem Jr. NBA Malaysia pada 20 April di Stadium MABA melibatkan penyertaan oleh peserta lelaki dan perempuan dari serata negara. Bekas pemain NBA, Bostjan Nachbar akan menghadiri kem ini dan memberi panduan di atas gelanggang sekaligus mengenalpasti lima pemain lelaki dan perempuan yang layak berada di dalam senarai Jr. NBA Malaysia All-Star 2019.

Peserta yang terpilih ini akan merasai pengalaman latihan bertaraf dunia dan mengenali lima elemen utama, semangat kesukanan (sportsmanship), kerjasama (teamwork), sikap positif (positive attitude), dan hormat (respect) atau singkatannya (S.T.A.R). Pendaftaran secara atas talian bagi Kem Remaja NBA Malaysia telahpun dibuka; www.jrnba.asia/malaysia

“Program Jr. NBA Malaysia akan terus menjadi platform utama dalam memberi inspirasi ke arah cara hidup yang aktif serta mempelajari cara hidup menerusi sukan bagi menghadapi isu kecergasan yang sering dihadapi remaja kini,”kata Naib Presiden Rakan Global NBA Asia Associate, Jim Wong. “Kami komited untuk memberi pemain pemain Malaysia lebih banyak peluang untuk belajar menerusi inisiatif pembangunan bola keranjang di negara ini,”

“Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada program Jr.NBA Malaysia dan teruja untuk merasai sendiri bagaimana sukan ini dijalankan oleh remaja di Malaysia,”kata Nachbar. “Ini adalah peluang terbaik untuk membantu mereka megenali perkara asas dan memberi impak positif dalam pembangunan sebagai atlet dan pemimpin masa depan,”

Akademi Kejurulatihan NBA Remaja menerusi inisiatif melatih-jurulatih untuk membentuk asas pendidikan tentang bola keranjang, juga akan kembali ke Malaysia kelak untuk terus menyokong pembangunan sukan bola keranjang di Malaysia. Sejak 2017, program ini membantu lebih 2 000 tenaga pengajar daripada 1 600 sekolah di 14 buah Bandar di Malaysia termasuk Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Selangor.

Program Jr. NBA menerapkan kemahiran asas serta nilai utama bagi peringkat akar umbi dan merupakan usaha untuk mengembangkan dan meningkatkan pengalaman dikalangan pemain bola keranjang di usia muda, malah turut melibatkan jurulatih dan ibu bapa.

Acara ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Gatorade sebagai penaja bersama, dan ASTRO merupakan rakan penyiar rasmi Jr. NBA Malaysia.

Ikuti @JrNBAMalaysia di laman Facebook, @jrnbaasia bagi laman sosial Instagram dan jrnba.asia untuk mengetahui informasi program yang disediakan, termasuk sesi latihan dan tips kesihatan untuk mengekalkan kecergasan.

Please follow and like us:
0