SMK Putera juara Piala Sumbangsih Liga KPM 2019

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/04/smk-putera-juara-piala-sumbangsih-liga-kpm-2019">
Twitter
Pinterest

Pasukan SMK Putera, Kelantan membuka lembaran saingan bolasepak Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 100PLUS 2019 dengan langkah kanan selepas menundukkan tuan rumah SMK Zaaba 3-0 dalam aksi Piala Sumbangsih petang Ahad.

Ia merupakan kemenangan sulung SMK Putera dalam perlawanan Piala Sumbangsih sejak ia diperkenalkan pada 2010.

Piala Sumbangsih edisi ke 10 tahun menemukan juara Liga Super 2018, SMK Zaaba dan juara Liga Perdana musim lalu, SMK Putera menandakan musim baru Liga KPM 2019 bakal bermula.

Kemenangan ini ibarat penyuntik semangat buat skuad kendalian Mohd Hanapiah Awang selepas dinaik taraf ke Liga Super musim ini.

 

SOROTAN PERLAWANAN DAN KOMEN JURULATIH DAN WAKIL KEM. PEND MSIA

“Kami memberi ruang kepada pasukan lawan untuk menguasai perlawanan dan memanfaatkan setiap peluang terhidang meskipun tidak banyak.

“Kemenangan ini sesuatu yang membanggakan, namun perjalanan kami masih lagi jauh dan banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki menjelang aksi pertama Liga KPM minggu depan,”kata Hanapiah.

SMK Putera membuka tirai gol menerusi rembatan cantik kapten pasukan, Syafiq Aiman Maharin dari luar kotak penalti selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol tuan rumah, di minit ke tujuh.

Jaringan tersebut nyata menyuntik semangat pemain pemain SMK Putera yang menjuarai Liga Perdana musim lalu untuk mencari ruang di kubu lawan.

Asakan bertali arus nyata membuahkan hasil apabila Muhd Alif Haikal Azmi mencatat nama selaku penjaring kedua pelawat di minit 58 sebelum Muhd Amirul izwan Mamad Rusdi melengkapkan kemenangan mutlak SMK Putera dengan gol ketiga di minit 66.

Pengarah Bahagian Pendidikan, Sukan dan Seni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Zainal Abas hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Zainal ketika ditemui berkata Liga KPM musim kali ini dilihat lebih menarik menerusi kerjasama dengan persatuan bolasepak negeri serta kehadiran beberapa pasukan akademi daripada kelab kelab terbaik dari Malaysia.

“Menerusi kerjasama dengan kelab kelab dan pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana yang turut menyertai saingan bawah 17 tahun dan menaja pasukan bawah 14 tahun menunjukkan satu kerjasama yang baik diantara KPM dan yang terlibat dalam membangunkan peringkat akar umbi,” kata Zainal.

Turut hadir Pengurus Penajaan dan Pengaktifan 100PLUS, Engku Isyamuddin Tuan Losin.

Please follow and like us:
0