Kalah…salah pelumba, biar pengurusan yang ‘berlumba’lah

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/05/kalah-salah-pelumba-biar-pengurusan-yang-berlumbalah">
Twitter
Pinterest

Persiapan yang tidak mencukupi, malah tidak mengikuti program yang sepatutnya sudah tentu akan berakhir dengan kegagalan.

Situasi yang melanda skuad lebuhraya kebangsaan wanita yang beraksi di Jelajah Pulau Zhoushan 2019 baru baru ini tidak wajar dikritik, sebaliknya sudah memadai untuk melabel sebagai platform untuk mengukur prestasi jangka pendek pelumba negara.

Kenyataan daripada pengurus pasukan, Norazman Abu Samah yang menganggap prestasi pelumba negara sebagai kurang memberansangkan susulan kurang persiapan adalah tidak wajar.

Kelemahan yang berlaku seolah olah diletakkan sepenuhnya kepada kejurulatihan dan pelumban itu sendiri yang kurang mendapat apa yang diperlukan sebelum turun beraksi.

Persoalan yang perlu ditanyakan oleh pengurus pasukan sendiri, sejauh mana badan organisasi terlibat, iaitu Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dalam menyediakan platform yang diperlukan oleh barisan kejurulatihan dan pelumba sebelum turun beraksi di kejohanan berstatus 2.2 ini?

Menurut kenyataan Azman lagi, perlumbaan yang berlangsung di bulan Ramadan dijadikan salah satu faktor kepada punca kegagalan pelumba.

“Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu malam dan ianya berbeza dengan bukan yang lain. Selainitu perlumbaan ini juga sangat sukar kerana 90 peratus daripada laluannya adalah berbukit,”. Memetik kenyataan Azman di akhbar tempatan terus menimbulkan pelbagai persoalan khususnya kebertanggungjawaban PKBM dalam menyediakan program persiapan dan paling penting pelan jangka panjang untuk pembangunan pelumba.

Wajar untuk di kritik andai pelumba diberi platform dan kemudahan untuk melakukan persiapan yang sewajarnya tetapi keputusan yang terhasil tidak seperti yang diharapkan.

Kerja jangan ibarat melepaskan batuk ditangga, fikir dengan bijak sebelum berkata kata, jangan kemudian hari merana beputih mata kerana kata kata.

Pencapaian terbaik pelumba negara adalah menerusi Nur Azrenna Ahmad Jumry yang menamatkan peringkat kedua di kedudukan ketujuh dan berada di kedudukan ke 13 keseluruhan dalam kategori pecut.

Azrenna tampak cemerlang susulan latihan pusat di Pusat Berbasikal Dunia di Korea Selatan selama tiga bulan.

Lihat sahaja bagaimana Terengganu yang melakukan persiapan untuk tempoh lebih dari setahun untuk memburu pingat di Sukan Malaysia (SUKMA).

Walaupun hanya kejohanan peringkat kebangsaan, latihan dan mencari bakat seawal mungkin dijalankan jauh lebih awal dengan perancangan danprogram yang rapi dan tersusun.

Please follow and like us:
0