Kritikan berlarutan jejas minat penaja

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/05/kritikan-berlarutan-jejas-minat-penaja">
Twitter
Pinterest

 

Ketua pasukan Pahang, Matthew Davies berharap semua pihak lebih terbuka untuk terus menyokong perjalanan Liga Malaysia dengan tidak terlalu fokus kepada isu negatif yang boleh menjejaskan minat penaja melabur di dalam Liga Malaysia.

Jelasnya, jika lebih banyak kritikan yang tidak membina dilemparkan kepada Liga Malaysia dan Malaysian Football League(MFL), ia bukannya akan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya memberikan imej buruk lanskap bola sepak negara secara keseluruhan.

Apa yang membimbangkan, periuk nasi pemain-pemain juga pasti terjejas sekiranya tiada lagi pihak yang mahu tampil ke depan menjadi penaja kepada pasukan dan Liga Malaysia ekoran persepsi negatif yang sering diberikan kepada badan penganjur itu.

“Kita boleh melihat daripada perspektif kami sebagai pemain yang turut bimbang sekiranya terlalu banyak kritikan negatif yang tidak membina terhadap MFL kerana masa depan kami juga bergantung kepada perjalanan liga bola sepak Malaysia.

“Seandainya lebih banyak pihak gemar menjadikan imej MFL semakin buruk, siapa lagi yang akan berminat untuk melabur ke dalam liga bola sepak tempatan dan bagaimana pula dengan nasib pemain-pemain?

“Jadi, saya rasa adalah lebih baik semua pihak dapat memberi sokongan kepada MFL untuk terus berusaha melakukan penambahbaikan demi kebaikan pasukan dan juga kami sebagai pemain,” katanya.

Pertahanan Johor Darul Ta’zim, (JDT) Aidil Zafuan Abd Radzak turut senada sambil menyifatkan MFL sudah melakukan banyak penambahbaikan demi kelancaran dan kemeriahan Liga Malaysia.

“Bagi saya, kita sendiri perlulah memberi peluang kepada MFL untuk mereka terus menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan saya sendiri sebagai pemain tetap akan terus berada di belakang.

“Dan MFL juga tidak boleh putus asa selain perlulah ambil peluang ini untuk tetap jalankan tugas terbaik tidak kira walau seteruk mana kecaman diterima”, katanya.

Please follow and like us:
0