Joo Ven, June Wei ke pusingan utama Badminton Terbuka Australia

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/06/joo-ven-june-wei-melangkah-ke-pusingan-utama-badminton-terbuka-australia">
Twitter
Pinterest

Pemain badminton perseorangan negara, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei, melangkah kepada pusingan utama Terbuka Australia 2019, selepas mengalahkan lawan masing-masing dalam pusingan kelayakan hari ini.

Joo Ven, 24, mengalahkan Lu Chia Hung dari Taiwan 21-9, 12-21, 21-17, pada pusingan kedua pusingan kelayakan di Quaycentre, Sydney.

Pemenang pingat perak Kejohanan Remaja Asia 2012 itu, akan berhadapan pemain Hong Kong, Wong Wing Ki pada pusingan pertama, esok.

June Wei, 22, pula mengalahkan pemain China Sun Feixiang 21-16, 21-19, dan akan berhadapan pemain Taiwan Wng Tzu Wei.

Sementara itu Juara Remaja Asia, Soo Teck Zhi terkeluar dari kejohanan Super 3000 itu, selepas tewas mudah 21-8, 21-8, kepada pemenang pingat emas Olimpik Remaja 2018, Lakshya Sen dari India pada pusingan pertama pusingan kelayakan.

Please follow and like us:
0