Malaysia benam Nepal, petanda positif sebelum tentang Timor Leste

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/06/malaysia-benam-nepal-petanda-positif-sebelum-aksi-menentang-timor-leste">
Twitter
Pinterest

 

Malaysia melakar kemenangan 2-0 ke atas Nepal dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi sekaligus memberi perkhabaran baik menjelang dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste pada 7 dan 11 Jun depan.

Namun aksi babak pertama tampak sedikit meresahkan Tan Cheng Hoe apabila gagal merobek gawang pelawat yang dikawal kemas Kiran Kumar Limbu meskipun dihidangkan dengan beberapa peluang terbaik.

Bermula dengan percubaan Syazwan Zainon yang sekadar menggegar tiang disusuli percubaan Safawi Rasid yang diselamatkan Kiran.

Sorakan penyokong Harimau Malaya akhirnya bergema di babak kedua selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran pemain pelawat ke atas Akhyar Rashid.

Safawi nyata tidak mensia siakan peluang untuk meletakkan Malaysia di depan di Minit ke 51 sekaligus meniup semangat juang rakan sepasukan.

Asakan bertali arus tampak masih belum mampu untuk mengugat pasukan pelawat sehinggalah di minit 82, pemain pertahanan, Shahrul Saad menanduk masuk bola sepakan percuma Nor Azam Azih untuk skuad kendalian Tan Cheng Hoe selesa mendahului 2-0.

 

 

“Perlawanan menentang Nepal memberikan motivasi dan pemanas badan yang terbaik untuk kami untuk menilai beberapa pilihan sebelum perlawanan menentang Timor Leste nanti.

“Kami kehilangan rentak selepas melakukan pertukaran dan bahagian serangan antara yang perlu diberikan perhatian,”kata Cheng Hoe.

Tambahnya lagi, dengan baki masa yang ada sebelum aksi timbal balik menentang Timor Leste berlangsung kelak akan dimanfaatkan dengan sebaik baiknya dan bukan sahaja bahagian serangan yang perlu diberi penekanan.

Cheng Hoe bagaimanapun berpuas hati dengan apa yang telah dipamerkan oleh anak didiknya dimana banyak peluang dicipta didepan gawang Nepal.

Mengulas tentang senarai pemain yang akan dibawa ke saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, ianya masih belum diputuskan kerana perlu mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan untuk mendapatkan laporan penuh pemain pemain yang mengalami kecederaan.

 

 

Please follow and like us:
0