Perseorangan negara, Lee Zii Jia gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta selepas gagal melepasi halangan di suku akhir.

Zii Jia yang melakar kejutan menewaskan jaguh dari China, Chen Long tewas kepada pemain Denmark, Anders Antonsen straight set 16-21, 11-21.

Kekecewaan Zii Jia bagaimanapun ditebus dua bergu campuran negara yang meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir selepas menang ke atas lawan masing masing.

 Gandingan profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Lui Ying terus menghadirkan khabar gembira untuk kem Malaysia selepas melakar kemenangan ke atas gandingan tuan rumah, Tontowi Ahmad-Winny Oktavina Kandow dalam pertarungan tiga set, 21-11 14-21 21-14.

Peng Soon-Liu Ying yang juga pilihan kelima dijadual bertemu gandingan China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping di peringkat separuh akhir.

Yilyu dan Dong Ping terdahulu menang ke atas satu lagi pasangan bergu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie straight set 21-4, 21-15.

Mengikuti jejak Perng Soon-Lui Ying yang juga pemenang pingat perak Olimpik, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menumpaskan lawan dari England yang juga pasangan suami isteri, Chris dan Gabrielle Adcock dari England; 21-15, 14-21 dan 21-15.

Tugas getir menanti Kian Meng-Pei Jing apabila bakal berdepan pilihan pertama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong diperingkat separuh akhir.

- Advertisement -