Muizz keempat terpantas, Elias ungguli sesi kelayakan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/07/muizz-keempat-terpantas-elias-ungguli-sesi-kelayakan-raih-petak-paling-depan">
Twitter
Pinterest

Pelumba negara, Muizz Musyaffa bakal memulakan perlumbaan Formula 4 SEA Pusingan kelima di Litar Pusat Permotoran Madras di petak keempat dibelakang Lucca Allen, Yash Aradhya, dan Elias Seppanen.

Meskipun mendahului seketika diawal sesi kelayakan, Muizz hanya mampu melakar 1:38.829 saat untuk berada di kedudukan keempat daripada lapan pelumba.

“Sesi hari ini agak sukar untuk saya kerana persaingan yang sengit dan suhu litar yang agak panas dan ia menjejaskan keadaan tayar ketika pemanduan aggresif,”kata Muizz.

Namun beliau yang memenangi dua daripada tiga perlumbaan di sini tahun lepas masih belum mahu mengalah kerana peluang untuk meniki podium tetap ada.

“Saya tahu stamina tidak seperti pelumba lain. Saya perlu kawal dengan sebaik mungkin esok untuk mencapai keputusan yang positif,”katanya lagi.

Sesi kelayakan diungguli Elias Seppanen yang mencatat 1:38.343 saat untuk memastikan petak pertama menjadi miliknya.

Beliau mengecewakan pelumba tuan rumah, Yash Aradhya yang akur untuk bermula di petak kedua dengan hanya perbezaan 0.101 saat.

Sementara pendahulu keseluruhan ketika ini, Lucca Allen melakar 1:38.640 saat, dibezakan dengan hanya 0.196 saat dibelakang Yash.

Petak kelima menjadi milik Shihab Al Habsi sementara seorang lagi pelumba negara, Alister Yoong dikedudukan keenam manakala rakan senegara Yash, Muhammad Ibrahim ditangga ketujuh.

Dua pelumba wanita tuan rumah, Sneha Sharma dan Mira Erda masing masing menamatkan sesi kelayakan di tangga ketujuh dan kelapan. Kesemua empat perlumbaan bagi pusingan kelima akan berlangsung esok .

Please follow and like us:
0