Saingan Liga Perdana 100PLUS Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2019 bawah 14 tahun semakin panas melibatkan kelompok pendahulu diantara SMK Sekysen 11 dan pendahulu Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B.

SMK Seksyen 11 terus mengekori rapat pendahulu selepas melakar kemenangan kelima, menewaskan SMK Seri Kota 3-0 di laman sendiri.

Dua jaringan terhasil di babak pertama menerusi jaringan Muhd Aisy Mazlan (min 27) dan Ahmad Ariz Zuhayr Norzaidi (min 35) sebelum Salmanulfarisi Munawar melengkapkan kemenangan tuan rumah di minit 46.

Kemenangan ini menyaksikan pasukan kendalian Lafizul Nizam satu satunya pasukan dari Sekolah Sukan Negeri yang masih belum tewas dalam saingan bawah 14 tahun.

 

 

“Diawal permainan kita agak perlahan kerana terlalu berhati hati dan mengikut rentak permainan lawan.

“Tetapi saya minta pemain pemain lebih serius kerana terlalu sambil lewa. Mereka bangkit menjaringkan gol. Kami akan terus memburu pasukan teratas,” kata Lafizul Nizam.

 

 

Selepas mengharungi enam perlawanan, SMK Seksyen 11 mengumpul 16 mata, empat mata dibelakang pendahulu, SSMP B yang tercicir mata selepas terikat tanpa jaringan dengan MSS Putrajaya.

Juara Piala Sumbangsih, SMK Putera ditangga ketiga dengan 15 mata manakala Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail B13 di tangga keempat dengan 13 mata.

Aksi Liga Super pula menyaksikan SMK Mutiara Impian memimpin carta liga selepas menang 2-1 ke atas SMK Zaaba sekaligus mengumpul 13 mata selepas enam perlawanan, satu mata didepan SSMP A yang kurang dua perlawanan.

SMK Seri Titiwangsa ditangga kedua dengan lapan mata sementara SMK Tunku Anum dan SMK Zaaba berkongsi tujuh mata untuk berada di kedudukan ke empat / kelima.

Aksi Liga Piala Remaja KPM –FAM pula memperlihatkan penguasaan SMK Seberang Temerloh selaku pendahulu saingan Liga Super dengan 16 mata, lima mata didepan SMK Seri Titiwangsa.

Manakala saingan Liga Perdana diungguli SMK Seksyen 11 yang bersaing hebat dengan SSTMI B15 yang berada di tangga kedua, berkongsi 15 mata selepas tujuh perlawanan.

Manakala SMK Ibrahim FIkri dan SMK Victoria menghuni tangga ketiga/keempat berkongsi 12 mata.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN BAWAH 14 TAHUN

 

SMK Mutiara Impian                    2

SMK Zaaba                                 1

 

SSMP A                                      2

SMK Taman Bukit Indah (B14)       3

 

SMK Taman Bukit Indah (B13)       0

SMK Tun Hussein Onn                  3

 

SMK Seksyen 11                         3

SMK Seri Kota                             0

 

SMK Putera                                4

SMK Syed Hassan                        2

 

MSS Putrajaya                                    0

SSMP B                                      0

 

SSTMI (B13)                               1

SSMP (B13)                                0

 

MSS Labuan                               3     

SMK Anderson                            4

- Advertisement -