Acara larian terulung di Petaling Jaya, PJ Half Marathon kembali lagi untuk edisi yang ke-31. Sebanyak empat (4) kategori akan dipertandingkan pada acara kali ini iaitu larian 30 KM Terbuka, 21 KM Terbuka, 10 KM Terbuka serta 3 KM Fun Run.

Edisi kali ini juga menyaksikan pendaftaran penyertaan ditutup lebih awal dari yang disasarkan atas sambutan hangat daripada para pelari tempatan dan luar negara. 

Seramai 10,000 peserta telah mengesahkan penyertaan PJ Half Marathon 2019. Peningkatan penyertaan peserta luar negara juga amat memberansangkan iaitu seramai 259 peserta dari 42 buah negara telah mendaftar untuk acara ini. 

Secara tidak langsung  menjadikan prestij acara PJ Half Marathon semakin meningkat serta menarik ramai penyertaan antarabangsa pada setiap tahun. Peserta larian kini boleh memuat turun aplikasi PJ Half Marathon 2019  yang berfungsi membuat live-tracking larian peserta disamping mudah diakses, interaktif dan berinformasi. Aplikasi ini boleh dimuat turun di peranti Android (playstore) dan iOS (appstore).

PJ Half Marathon 2019 dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Olahraga PARA Selangor (POPS) dengan kerjasama Puncak Ventures SRA Sdn Bhd. Turut menjayakan acara ini ialah 100 PLUS & ICE MOUNTAIN (F&N Beverages Marketing Sdn Bhd), ULTRON, PEROZIN (Pharmaniaga Pristine Sdn Bhd), UNITAR, SUUNTO dan Beaute Library.

Antara jalan-jalan utama yang terlibat dalam acara ini ialah Jalan Gasing, Jalan Templer, Jalan Universiti serta Jalan Sultan.

Pihak Polis Daerah Petaling Jaya akan membuat kawalan trafik secara berperingkat bermula jam 4.00 pagi di jalan-jalan berkenaan.

Seramai 100 anggota polis trafik serta 50 anggota penguatkuasa MBPJ akan ditugaskan untuk mengawal lalulintas bagi menjamin kelancaran serta keselamatan PJ Half Marathon untuk semua peserta mahupun orang awam.

Untuk makluman, penutupan jalan dan kawalan lalu lintas berperingkat akan dilakukan pada 24 & 25 Ogos 2019 oleh pihak Polis Daerah Petaling Jaya.

Berikut adalah jalan-jalan yang terlibat:

1. Nama Jalan : Jalan Persiaran Barat (sebahagian laluan) 

Tarikh : 24 Ogos 2019 (Sabtu) Hingga 25 Ogos 2019 (Ahad) 

Masa : 3.00 Petang (Sabtu) Hingga 11.00 Pagi (Ahad) 

2. Nama Jalan : Jalan Timur (sebahagian laluan) 

Tarikh : 24 Ogos 2019 (Sabtu) hingga 25 Ogos 2019 (Ahad) 

Masa : 5.00 Petang (Sabtu) hingga 11.00 Pagi (Ahad)

3. Nama Jalan : Jalan Timur, Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Changgai 6/22, Jalan Gasing, Jalan Templer, Jalan Selangor, Jalan Pasar 1/21, Jalan Railway 2/28, Jalan 2/27, Jalan Penchala, Persiaran P.P Narayanan, Jalan 229, Jalan Baiduri Ss1/22, Jalan Ss1/36, Jalan Ss2/24, Jalan 19/8, Jalan Harapan, Jalan 19/1, Jalan 21/1, Jalan 20/13, Jalan 20/14, Jalan 14/47, Jalan 14/48, Jalan 51a/223, Jalan Dato Rais Jamil 15, Jalan Semangat, Jalan 17/21, Jalan 17/13, Jalan 17/1, Jalan Universiti, Jalan Bukit 11/2, Jalan 12/13, Jalan 12/16 dan Jalan Kemajuan,

Tarikh : 25 Ogos 2019 (Ahad)

Masa : 4.30 pagi hingga 11.00 Pagi

Suka cita diingatkan kepada pengguna jalan raya agar mengikut arahan laluan dari pihak polis trafik Petaling Jaya dan penguatkuasa MBPJ yang bertugas dan sentiasa bersedia sepanjang acara berlangsung.

Dalam pada masa yang sama kesemua peserta larian turut diingatkan agar meletakkan kenderaan di petak letak kereta yang terdapat disekitar lokasi acara serta tidak meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan atau menggunakan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan kesesakan lalulintas pada hari acara berlangsung.

 

- Advertisement -