AFF U15 – Harimau Muda gah benam Australia

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/08/aff-u15-harimau-muda-gah-benam-australia">
Twitter
Pinterest

Skuad bawah 15 tahun negara membuktikan mereka sudah boleh dilabel sebagai pasukan pilihan selepas mencatat kemenangan ketiga berturut turut susulan kemenangan ke atas Australia 3-0.

Tatkala resah dengan fizikal dan corak permainan lawan yang dianggap berbahaya, anak didik P Maniam sebaliknya menerima suntikan semangat seawal minit ke 4.

Bola sepakan sudut pemain negara terkena tangan pertahanan lawan sekaligus memberikan penalti kepada Malaysia. Muhd Daniel Edzuan Mohd Anuar tidak mensia siakan peluang untuk meletakkan Malaysia didepan 1-0.

Kubu Australia tampak kebal selepas itu apabila setiap asakan yang dilancarkan oleh Malaysia diserap dengan baik.

Namun gawang Australia bolos kali kedua di minit 28 kali ini giliran Muhd Nabil Qayyum Zainuddin melepaskan rembatan rendah sekaligus melakar nama selaku penjaring kedua Maalaysia.

Minit 70, Muhd Izrin Ibrahim yang tidak dikawal untuk melakar nama selaku penjaring ketiga skuad kendalian P Maniam sekaligus memastikan Malaysia meraih tiga mata untuk terus menerajui tangga teratas kumpulan B.

Please follow and like us:
0