Rentak kemenangan diteruskan skuad bawah 18 tahun negara di Piala Next Media B18 AFF 2019 di Vietnam selepas menang ke atas Australia 3-0.

Meskipun turun berdepan pendahulu kumpulan B, anak didik Brad Maloney mempamer aksi yang cukup mantap dan tanpa rasa tekanan.

Penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin membuka tirai gol di minit ke 17 apabila hantaran rakan sepasukan pantas dikejar sebelum tenang menewaskan penjaga gawang lawan, Jackson Henry Lee.

Belum sempat Australia mengatur gerakan, gawang mereka bolos kali kedua 10 minit berselang apabila sepakan percuma Muhd Firdaus Khaironnisam disudahkan dengan voli cantik di dalam kotak penalti olrh Muhd Azam Azmi Murad untuk Malaysia mendahulu 2-0.

 

 

Luqman Hakim terus menjadi penggempur Malaysia apabila bika mengawal bola sebelum melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Jackson kali kedua sekaligus meletakan skuad kendalian Brad Maloney selesa mendahului 3-0.

Kedua dua pasukan kini berkongsi sembilan mata diaman Australia masih mengungguli kumpulan B berdasarkan kelebihan gol diikuti Malaysia ditangga kedua.

 

 

 

- Advertisement -