Kejohanan Bola Keranjang Tanpa Sempadan berlangsung dengan jaya

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/08/kejohanan-bola-keranjang-tanpa-sempadan-berlangsung-dengan-jaya">
Twitter
Pinterest

Hari keempat yang juga hari terakhir Kejohanan Bola Keranjang Tanpa Sempadan Asia  (BWB) yang berlangsung di Tokyo, Jepun melabuhkan tirainya dengan penuh gaya dimana 64 peserta dari 18 negara di sekitar Asia Pasifik.

Pemain negara, Wilson Lee Yong Ted dan Sharwhin Siva Ragu turut bersaing bagi saingan playoff, pertandingan jaringan 3 mata (a 3-point contest) dan perlawanan All-Star berpasangan.

Kem berlangsung disebelah pagi dengan aksi playoff bagi penentuan juara dimana bagi kategori perempuan melibatkan aksi diantara New York Liberty dan Los Angeles Spark yang menyaksikan New York Liberty yang diterajui bekas pemain WNBA Ashley Battle muncul juara dengan kemenangan 33-18.

Sementara dalam saingan lelaki yang diungguli Orlando Magic yang dikendalikan pembantu jurulatih NBA Pat Delany berjaya menewaskan Minnesota Timberwolves 22-16 untuk bergelar juara.

Melengkapkan perlawanan, kesemua peserta lelaki dan perempuan turut beraksi di pertandingan final jaringan tiga (3-point competition). Pemain kelahiran Bahrain, Mustafa Rashed muncul juara bagi kategori lelaki manakala wakil tuan rumah, Miyu Ogita dinobat sebagai pemenang bagi kategori perempuan.

Kemuncak saingan, dua peserta terbaik lelaki dan perempuan diumum bagi mewakili pasukan All-Stars yang menyaksikan West All-Stars merangkul gelaran juara selepas mengatasi East All-Stars 29-23 bagi kategori perempuan sementara East All-Stars menjuarai kategori lelaki selepas menang 42-37 ke atas West All-Stars.

Penyampaian hadiah menjadi penutup BWB Asia Edisi ke 11 yang menyaksikan Jun Seok Yeo dari Korea Selatan dipilih sebagai penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) lelaki sementara Georgia Woolley dari Australia dipilihan untuk menerima anugerah MVP bagi kategori perempuan.

 

Senarai lengkap pemain saingan All-Stars dan penerima anugerah :

Pasukan All-Star Perempuan:

East – Siya Deodhar (India), Aika Hirashita (Jepun), Jayzelee Waihi (New Zealand), Georgia Woolley (Australia), Ruby-Belle Macdonald (Australia), Jiyeong Moon (Korea Selatan), Jazzmyne Kailahi-Fulu (New Zealand)

West – Florence Jil Talas (Filipina), Maho Hayashi (Jepun), Emilia Shearer (New Zealand), Harsimran Kaur (India), Miyu Ogita (Jepun), Isabelle Morgan (Australia), Emily Sewell (Australia)

 

Boys All-Star Team:

East – Mustafa Rashed (Bahrain), Atsuya Ogawa (Jepun), Harold Alarcon (Filipina), Clifton Bush III (New Zealand), Alexander Frederick Zanbaka (Lebanon), Kyutae Lee (Korea Selatan), Daniel Rogers (Australia), Amaan Sandhu (India)

West – Hendrick Xavi Yonga (Indonesia), Kaine Roberts (Jepun), Enkhiin-Od “Michael” Sharavjamts (Mongolia), Joshua Rafael Lazaro (Filipina), Patrick Ryan (Australia), Haomiao Sun (China), Jun Seok Yeo (Korea Selatan), Lewis Rowe (Australia)

 

Senrai Anugerah dan Pemenang:

Boys Grit Award: Kaine Roberts (Jepun)

Girls Grit Award: Emilia Shearer (New Zealand)

Boys 3-Point Champion: Mustafa Rashed (Bahrain)

Girls 3-Point Champion: Miyu Ogita (Jepun)

Boys All-Star Game MVP: Harold Alarcon (Filipina)

Girls All-Star Game MVP: Maho Hayashi (Jepun)

Boys Camp MVP: Junseok Yeo (South Korea)

Girls Camp MVP: Georgia Woolley (Australia)  

Please follow and like us:
0