Jelajah berbasikal wanita pertama di Malaysia LE Tour de Femina (LTdF) 2019, akan dipinda berbanding tarikh asal, dari 7 hingga 12 September 2019.

Menurut penganjur, Ciclista Sports Sdn Bhd menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, keputusan untuk menunda perlumbaan ini dibuat selepas perbincangan dan persetujuan bersama dengan pihak berkepentingan acara berkenaan.

ā€œPenganjur memutuskan untuk menunda LTdF 2019 ke tarikh baharu yang telah ditetapkan selepas mendapat persetujuan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) iaitu pada 16 hingga 21 November.

ā€œKeputusan berkenaan dipersetujui selepas perbincangan secara serius melibatkan penganjur, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) serta para penaja yang telah diadakan pada minggu lalu sebelum tarikh baru diusulkan kepada pihak UCI,ā€ kata Ketua Pegawai Eksekutif Ciclista Sports Sdn Bhd Shahirudeen Seeni.

Shahirudeen, bagaimanapun memberi jaminan bahawa perlumbaan julung kali yang diiktiraf badan dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu tetap akan dianjurkan pada tahun ini juga.

ā€œSusulan kelulusan tarikh yang telah diusulkan oleh UCI, pihak penganjur telahpun melaksanakan tugas tugas yang telah dirancang bagi memastikan kelancaran perlumbaan kelak,ā€.

LTdF 2019 anjuran Ciclista Sports dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan PKBM, merupakan antara usaha untuk memperkasa perkembangan berbasikal dan sukan di kalangan wanita selain menjadikan Malaysia antara hab utama sukan berbasikal wanita di rantau ini. UCI juga masih mengekalkan jumlah enam peringkat bagi perlumbaan LTdF 2019.

- Advertisement -