#Jepun raih kemenangan 4-0 ke atas tuan rumah

Skuad B16 tahun negara memulakan kempen pembukaan Kelayakan AFC B16 2020 Kumpulan J dengan bergaya selepas membelasah Kemboja 7-0.

Skuad kendalian P Maniam tidak menunggu lama untuk membuka tirai gol di minit ke 7 perlawanan selepas penjaga gawang KembojaHeng Ratanakbandith mengasari Akid Mohd Zamri sekaligus menghadiahkan penalti kepada Malaysia.

Adam Uwais Mohd Armi tidak mensia siakan peluang untuk meletakkan Malaysia didepan 1-0.

Gawang Kemboja bolos kali kedua, kali ini giliran Adam Farhan Mohd Faisal melepaskan rembatan deras untuk mencatat nama selaku penjaring Malaysia di minit  16.

Akid Mohd Zamri cemerlang untuk meledak dua gol di minit 22 dan 30 untuk memastikan Malaysia mendahului 4-0 sebelum tamat babak pertama.

Penguasaan skuad kendalian P Maniam semakin mantap di babak kedua apabila tiga lagi gol dicipta.

Harry Danish Haizon melebarkan jurang gol kepada 5-0 di minit 52 sebelum Nabil Qayyum Zainuddin menjadikan kedudukan 6-0 untuk Malaysia.

Khairil Mohd Zain menutup pesta gol Malaysia di Stadium Nasional, Vientiane dipenghujung perlawanan sekaligus mengungguli kumpulan J berkongsi 3 mata dengan Jepun ditangga kedua yang melakar kemenangan 4-0 ke atas tuan rumah Laos.

 

 

- Advertisement -