Hasrat Malaysia untuk ke pusingan akhir Piala AFC B16 2020 yang akan berlangsung di Bahrain tidak kesampaian selepas terikat dua sama dengan pendahulu kumpulan J, Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan petang tadi.

Malaysia perlu menang ke atas Jepun untuk layak ke peringkat kalah mati selepas tewas mengejut kepada Laos pada perlawanan kedua pada Jumaat.

Derita skuad kendalian P Maniam bermula di minit ke 60 selepas Jepun dihadiah penalti. Malah, penjaga gol negara, Zulhilmi Sharani dilayangkan kad merah susulan kekasaran terhadap Yoshiki Narahara.

Rui Osako tidak berdepan masalah untuk meletakkan Jepun didepan di minit 64 . Namun jaringan tersebut tidak mematahkan semangat juang anak didik P Maniam yang menyamakan kedudukan di minit 72.

Giliran Malaysia dihadiahkan penalti selepas Nabil Qayyum Zainuddin dikasari penmain lawan dan Daniel Edzuan Mohd Anuar menyamakan kedudukan sebelum sekali lagi mencatat nama selaku penjaring kedua Malaysia di minit 83 untuk Malaysia mendahului Jepun 2-1.

 

 

Tatkala Malaysia cuba untuk mempertahankan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan, Yamato Naito yang tidak dikawal menanduk masuk hantaran silan rakan sepasukan untuk Jepun mengikat kedudukan di minit akhir permainan.

Malaysia menamatkan saingan kumpulan J ditangga ketiga dengan emoat mata dibelakang tuan rumah, Laos yang mengumpul 6 mata susulan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kemboja sementara Jepun kekal mengungguli kumpulan dengan 7 mata.

 

- Advertisement -