Kelayakan Piala Dunia 2022: Jangan fokus kepada Omar sahaja

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/09/kelayakan-piala-dunia-2022piala-asia-2023-kekal-tenang-dan-jangan-fokus-kepada-omar-sahaja">
Twitter
Pinterest

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengingatkan pemain pemain agar tidak terlalu memberi tumpuan kepada pemain yang dilabel sebagai terbaik di rantau Asia, Omar Abdulrahman ketika perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) malam esok.

Bagi Cheng Hoe, pemain pemain lain juga perlu diberi perhatian kerana setiap pemain mempunyai kualiti tersendiri apatah lagi sudah beraksi di pentas tertinggi di rantau Asia sebelum ini.

“Mana mana pasukan ada pemain utama tersendiri tetapi tumpuan bukan hanya kepada seorang pemain sahaja, sebaliknya keseluruhan pemain pemain UAE mempunyai kualiti kerana bermain di pentas yang berbeza. Bermain di pusingan akhir  Piala Asia sudah tentu memberikan keyakinan yang tinggi.

“Pemain pemain kita juga sudah berada di tahap yang terbaik kerana setiap perlawanan mereka menunjukkan peningkatan tetapi masih perlu berusaha dan bekerja kerasa samada ketika perlawanan atau latihan,”kata Cheng Hoe

Malah, bekas pengendali Kedah itu juga mengharapkan kesilapan kesilapan yang seringkali dilakukan ketika beraksi perlu dikurangkan atau ia bakal mengundang bencana kepada skuad negara.

 

 

Malaysia membuka kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Indonesia di Jakarta sekaligus menghuni tangga teratas kumpulan G.

Cheng Hoe juga tidak menolak UAE sudah punya formula tersendiri untuk mengharungi aksi pembukaan malam esok.

“Mereka (UAE) telah melakukan persiapan dengan baik sejak Julai dan saya juga pasti jurulatih telah melihat perlawanan kami ketika menentang Indonesia dan sudah tentu mereka akan mengatur strategi .

“Sebagai jurulatih saya sentiasa meletakkan keyakinan dan percaya pemain mampu mencari keputusan yang positif esok. Tetapi ia bukan perlawanan yang mudah sudah tentu kami perlu tingkatkan permainan kami.

 

 

“Apa yang penting pemain pemain perlu ada keyakinan dalam diri mereka dan mempunyai motivasi diri yang tinggi. pemain pemain juga perlu fokus dan mempunyai keinginan untuk menang perlawanan ini dan perlu tenang serta tidak terbawa bawa dengan tekanan kerana ramai yang meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasukan ini ketika ini,”kata Cheng Hoe lagi.

Please follow and like us:
0