Lapan pasukan sahkan slot ke suku akhir Piala Menteri Pendidikan 2019

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/09/lapan-pasukan-sahkan-slot-ke-suku-akhir-piala-menteri-pendidikan-2019">
Twitter
Pinterest

Selepas beraksi sejak awal April, saingan Liga Piala Kementerian Pendidikan Malaysia bagi bawah 14 dan 17 tahun teahpun sampai ke penghujung.

11 perlawanan yang telah diharungi oleh 12 pasukan pasukan yang beraksi di Liga Super dan 15 pasukan bagi saingan Liga Perdana bawah 14 tahun menoktahkan lapan terbaik yang akan mengharungi aksi suku akhir Piala Menteri bagi tahun 2019.

Lapan pasukan tersebut merupakan lima pasukan teratas bagi Liga Super dan tiga pasukan teratas bagi Liga Perdana.

Bagi Liga Super, lima pasukan yang melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Menteri adalah Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) A, SMK Taman Bukit Indah yang menghuni dua tangga teratas, berkongsi 30 mata selepas 11 perlawanan.

Perebutan khususnya bagi satu slot terakhir terpaksa ditentukan sehingga perlawanan ke 11 yang tamat pada Rabu dimana kekalahan 4-0 SMK Tunku Anum kepada SSMP A memastikan  SMK Seberang Temerloh mengisi slot kelima, mengiringi dua lagi pasukan, SMK Mutiara Impian dan SMK Zaaba.

Manakala tiga pasukan dari Liga Perdana yang layak adalah SMK Seksyen 11, juara Piala Sumbangsih 2019, SMK Putera dan SMK Tun Hussein Onn.

Tumpuan pastiya terarah kepada SMK Putera dan SMK Tun Hussein Onn yang turut dipaksa menanti sehingga perlawanan terakhir sebelum layak ke suku akhir Piala Menteri.

Skuad kendalian Mohd Hanafiah Awang melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas SMK Kem Terendak sekaligus meletakkan pasukannya di tangga ketiga dibelakang SMK Seksyen 11.

Sementara SMK Tun Hussein Onn yang menghuni tangga keempat mengesahkan slot ke suku akhir, meskipun berkongsi 25 mata dengan SMK Anderson dan SMK

“Kemampuan kita menjulang Piala Sumbangsih diawal musim merupakan satu suntikan motovasi yang cukup baik untuk pasukan dan pemain pemain menunjukkan peningkatan namun mudah hilang fokus.

“Analisa selepas permainan juga mendapati bahagian pertahanan memerlukan perhatian yang lebih sebelum saingan Piala Menteri bermula,”kata Mohd Hanafiah.

Piala Menteri Pendidikan merupakan kemuncak saingan Liga Piala Menteri Pendidikan Bawah 14 Tahun.

Bagi saingan bawah 17 tahun, lima pasukan dari Liga Super yang layak ke suku akhir adalah SMK Taman Bukit Indah, SSMP B15 ‘A’, SSMP B16, SMK Seberang Temerloh dan SMK Gunung Rapat.

Manakala tiga pasukan dari  Liga Perdana yang layak; SMK Seksyen 11, SMK Anderson dan SMK Seri Kota.

 

Kedudukan Pasukan – Bawah 14 tahun

Liga Super

  1. SSMP A – 30 mata
  2. SMK Taman Bukit Indah – 30 mata
  3. SSMP B13 – 20 mata
  4. SMK Mutiara Impian – 17 mata
  5. SMK Zaaba – 16 mata
  6. SMK Seberang Temerloh – 14 mata

 

Liga Perdana

  1. SSMP B – 38 mata
  2. SMK SEKSYEN 11 – 31 mata
  3. SMK Putera – 30 mata
  4. SMK Tun Hussein Onn – 25 mata

 

Pasukan huruf gelap layak ke peringkat suku akhir berdasarkan peraturan khas kelab / AMD

Kedudukan Pasukan – Bawah 17 tahun

Liga Super

  1. SMK Taman Bukit Indah – 33 mata
  2. SSMP B15 ‘A’ – 30 mata
  3. SSMP B16 – 26 mata
  4. SMK Seberang Temerloh – 24 mata
  5. SMK Gunung Rapat – 24 mata

 

Liga Perdana

  1. SMK SEKSYEN 11 – 33 mata
  2. SMK Anderson – 29 mata
  3. SMK Seri Kota – 27 mata
Please follow and like us:
0