foto – RTM

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin adalah antara penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah, pada hari ini di Istana Negara.

Di Majlis itu, Datuk Hamidin antara lima individu yang disenarai bagi penganugerahan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Hamidin memulakan karier dalam arena sukan bolasepak bermula 1998 sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sehingga 2013 sebelum menggantikan Datuk Seri Azzuddin Ahmad selaku Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sepanjang jawatannya sebagai Setiausaha Agung FAM, beliau pernah berkhidmat ketika Sultan Ahmad Shah memegang jawatan sebagai Presiden FAM sebelum Sultan Abdullah mengambil alih pada 2014.

Kerusi utama FAM kini disandang Hamidin pada Julai 2018 selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan tersebut.

- Advertisement -